Laman Utama || Downloads || Pautan || Galeri Foto || Hubungi Kami || Carian Maklumat || Buku Pelawat
   
 
Maklumat MSAB
 
  Sejarah
  Lagu Maktab
  Logo, Visi & Misi
Maktab
  Pegangan Warga
MSAB
- Objektif MSAB
- Cogan Kata Maktab
  Ikrar Pelajar
  Pelan Maktab
  Persekitaran Maktab
  Kemudahan Maktab
  Takwim Maktab
2009
 
______________________
   
 
Warga MSAB
 
  Majlis Pengetua
  Barisan Kaunselor
  Unit Pendidikan Khas
(UPK)
  Jabatan Bahasa
  Jabatan Sains Dan
Matematik
  Jabatan Teknik Dan
Vokasional
  Jabatan Sains
Kemasyarakatan
  Staf Sokongan
 
______________________
   
 
Pencapaian MSAB
 
  Kategori Umum
  Kategori Ko-Akademik
  Kategori Kokurikulum
 
______________________
   
 
Data Peperiksaan
 
  Peperiksaan Awam STPM
  Peperiksaan Awam SPM
  Peperiksaan Awam PMR
  Peperiksaan Penggal I
  Peperiksaan Penggal II
 
______________________
   
 
Statistik Warga
 
  Pengetua
  Enrolmen Guru 2009
  Enrolmen Staf 2009
  Enrolmen Pelajar 2009
 
______________________
   
 
Downloads
 
  Latest Downloads
  Popular Downloads
 
______________________
   
   
 
Users Online
Last Seen Users
   
   
   
   
  Sejarah MSAB
   
 
   
   
 
Peringkat Permulaan Penubuhan MSAB
   
 
English College ditubuhkan pada 21 Mac 1926, apabila 21 orang pelajar dari Sekolah Bukit Zahrah dihantar ke Istana di Jalan Sungai Chat. Mereka dihantar ke sini untuk melanjutkan pelajaran mereka di bawah seliaan dua orang guru berbangsa Eropah, iaitu Encik Morrison dan Encik Holman. Sekolah ini telah ditadbir berasaskan Sistem Sekolah Awam Inggeris. Tidak lama selepas perang Dunia Pertama, English College buat pertama kali telah dijadikan Junior Cambridge dan kemudiannya Senior Cambridge. Pada 30 April 1928 setelah 14 tahun selepas penubuhannya, English College telah ditutup atas alasan unit yang tidak ekonomis serta tidak berjaya mencapai matlamat penubuhan.
   
 
>>top<<
   
 
Peringkat Penubuhan Baru MSAB
   
 
Berdasarkan cadangan En. Cheeseman (pegawai Senior), penyusunan semula yang lebih teratur daripada sekolah telah dibuat p[ada 1 Mei 1928. Sekolah Bukit Zahrah telah dibahagikan kepada tiga unit yang berasingan iaitu Sekolah Rendah Ngeee Heng, Sekolah Bukit Zahrah dan English College. Oleh kerana English College merupakan sekolah utama di Negeri Johor, kehadiran seorang pengetua English College diperlukan.
   
 
>>top<<
   
 
Sekitar Tahun 30-an
   
 
English College telah berpindah ke bangunan sekarang pada akhir tahun 1930-an, tetapi talah dibuka secara rasmi dalam tahun 1931. Bangunan ini telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pembelajaran selaras dengan kedudukan sebagai sekolah utama negeri dan telah dirancang dengan teliti bagi menyediakan keperluan pembelajaran moden. Selain pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik, nyanyian diperkenalkan dalam kegiatan kokurikulum.
   
 
>>top<<
   
 
Pendudukan Jepun
   
 
Selama tiga tahun setengah pendudukan Jepun merupakan zaman malap English College. Bangunan English College telah dicatkan dengan warna hitam dan digunakan sebagai kilang. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan English College telah digunakan untuk sementara waktu sebagai pusat rawatan bagi askar-askar yang telah dipenjarakan oleh Jepun sebagai tawanan perang.
   
 
>>top<<
   
 
Zaman Selepas Perang
   
 
English College telah dibuka semula pada minggu kedua bulan Januari 1946 dan ditempatkan di Sekolah Bukit Zahrah bagi penggal pertama disebabkan bangunan sekarang hanya dapat digunakan semula pada penggal kedua. Walaupun pelajaran Sains telah dimulakan pada tahun 1940 dan Makmal Sains telah dibina dalam tahun 1941 yang dijadualkan untuk dibuka pada tahun 1942, tetapi ditangguhkan kerana peperangan. Pada tahun 1947, pengajaran subjek Sains dimulakan. Pada tahun 1940, majalah pertama telah diterbitkan dan pameran pertama seni dan kraftangan turut dijalankan.
   
 
>>top<<
   
 
Sekitar Tahun 50-an
   
 
Dewan sekolah yang baru dibina dengan peralatan dan kelngkapan yang termoden telah dirasmikan pada 17 Julai 1955. Dewan baru itu merupakan yang terbaik antara dewan di Malaya ketika itu. Hari Ucapan yang diadakan pada oktober 1956 telah mencatat sejarah sekolah. Tiga buah makmal sains yang baru telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Engku Tun Aminah. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong telah berangkat mencemar duli ke English College pada tahuan 1958. untuk mengingati kunjungan Baginda ke Maktab. Baginda telah berkenan menanam anak pokok di halaman sekolah.
   
 
>>top<<
   
 
Sekitar Tahun 60-an
   
 
Dalam tahun 1960, secara rasminya nama English College telah ditukarkan kepada Maktab Sultan Abu Bakar dalam usaha untuk memberi imej tempatan kepada sekolah selaras dengan identiti kita sebagai bangsa yang merdeka. Semasa Hari Ucapan 1966, Menteri Pelajaran ketika itu telah menyerikan majlis dengan perasmian blok kelas baru dan makmal sains (blok E), perpustakaan dan kantin. Lagu Maktab telah diperkenalkan dalam tahun 1969. Lagu Maktab buat pertama kali dinyanyikan pada Hari Ucapan, 21 Mei 1969. Para pelajar telah mula memakai lencana Maktab, pakaian seragam dan warna pasukan mulai pada 9 April 1961. Untuk pertama kali dalam sejarah English College pada tahun 1967 seramai lima orang pelajar cacat penglihatan diterima sebagai pelajar English College. Mereka belajar bersama-sama pelajar English College yang lain. Para pelajar ini menggunakan braille dan dibimbing oleh 2 orang guru khas.
   
 
>>top<<
   
 
Sekitar Tahun 70-an
   
 
Pagar Maktab telah siap dibina pada 19 April 1970. perpustakaan telah dipindahkan ke bangunan sekarang dalam tahun yang sama. Perpustakaan dibuka pada waktu persekolahan dan pada waktu malam. Dua orang guru bertugas mengawasi perpustakaan pada waktu petang. Projek tabung kewangan telah dilaksanakan dalam bentuk “walkaton” pada tahun 1973. Pelbagai projek dirancangkan termasuk pembinaan Kompleks Sukan dan Bangunan Perpustakaan.

Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3, merupakan bekas pelajar Maktab ini, telah melawat Maktab untuk sama-sama meraikan Jubli Intan Maktab pada 16 Ogos 1974. Waktu itu Allahyarham memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Mentenri Malaysia.
   
 
>>top<<
   
 
Sekitar Tahun 80-an
   
 
Dekad ini telah dimulakan dengan satu lagi projek tabung kewangan dalam bentuk ‘Pesta Ria’ yang telah dilaksanakan pada 1 Mac 1980. Projek ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM11,974.00. Wang ini telah digunakan untuk membaiki kemudahan-kemudahan di Maktab. Dalam tahun 1983, Kelab Lion telah mendapat kerjasama dari Maktab dalam jualan makanan dan ‘Pesta Ria’ untuk memenuhkan tabung bagi pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan di Johor Bahru.

Pada 10 Mei 1983, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor telah melawat Maktab dan berkenan menyumbangkan 10 buah perahu lunsur layar. Maktab ini telah muncul sebagai salah sebuah sekolah tanahair yang mempunyai Kelab Lunsur Layar.

Pameran besar-besaran telah diadakan sempena Hari Ucapan Maktab pada 20 Julai 1984. Ianya telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Johor.

Tahun 1986, Maktab telah diberi penghormatan dengan lawatan Yang Berhormat Dato’ Yahya bin Abdul Wahab, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau merupakan kapten Maktab dalam tahun 1954. Delegasi pegawai-pegawai pendidikan dari Jepun juga telah melawat Maktab dalam tahun tersebut. Pada 22 Julai 1987, Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor sekali lagi merupakan tetamu kehormat semasa Hari Ucapan di Maktab ini.
   
 
>>top<<
   
 
Sekitar Tahun 90-an
   
 
Pelbagai bentuk pembangunan dan ubahsuai yang dibuat semenjak akhir tahun 1980 telah mencerminkan permulaan era baru Maktab, dalam usaha menyesuaikan status sebagai sebuah sekolah yang utama di negeri ini. Bilik kuliah yang berhawa dingin, surau baru (merangkap dewan kuliah), bangunan baru untuk pelajar-pelajar pendidikan khas (cacat penglihatan), kompleks sukan dan pembinaan 12 buah bilik darjah untuk kelas KBSM merupakan sebahagian daripada kemudahan terbaru di Maktab.

Pada tahun 1996, Makatab telah melancarkan projek kutipan derma jogathon. Hasil daripada projek ini, padang bola sepak dan ragbi Maktab (yang berhadapan dengan Selat Tebrau) telah dapat dibaik pulih. Demi menitis arus perkembangan dunia teknologi bermaklumat dan internet pada dekad ini, Maktab telah berjaya melancarkan laman webnya pada tahun 1997. Dengan adanya laman web ini, perkembangan dan kemajuan Maktab terkini dapat diketahui dengan cepat.

Pada tahun 1998, Muzium Mini Tun Hussein Onn telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Hishamuddin Tun Hussein. Muzium ini telah menempatkan pelbagai khazanah dan warisan sejarah Maktab Sultan Abu Bakar sejak mula ditubuhkan sehingga kini. Bagi menaikkan lagi imej Maktab, pada tahun 1999 sebahagian besar bangunannya telah diubahsuai, dicat dan ditambah bangunannya. Bangunan-bangunan yang terlibat ialah bangunan pentadbiran, bilik gerakan, mini muzium, bilik guru, dewan bilik UPK, bilik multimedia, bilik wawasan, bangunan kejuruteraan dan kemahiran hidup serta asrama Maktab. Pada tahun 2001 telah membina pasukan snuker. Sehubungan itu, sukan tahunan kali ke 71 telah diadakan pada bulan Mac 2001.
   
 
>>top<<
   
 
Sekitar Tahun 2000
   
 
Tahun 2000 merupakan tahun yang mencabar bagi MSAB kerana menjelang tahun 2006 menjadi hasrat Maktab untuk mencapai visinya
“Ke Arah MSAB Yang Gemilang Menjelang Tahun 2006”
Bagi mencapai hasrat ini pelbagai pembangunan dan pengubahsuaian pada bangunan utama Maktab seperti Bangunan Pentadbiran, Bilik Gerakan, Mini Muzium dan Bilik Guru telah siap dan boleh digunakan sepenuhnya pada tahun 2001. Pada pertengahan tahun 2002 pula dewan Mini Auditorium dan Makmal Komputer telah dapat digunakan. Segala kelengkapan dan kemudahan Makmal Komputer yang telah siap itu telah disumbangkan oleh SEAGATE (M) Sdn Bhd. Selain daripada membekalkan 20 buah komputer, pihak SEAGATE turut menyediakan tenaga pengajar dan modul pembelajaran bagi membantu pelajar-pelajar MSAB berketrapilan dalam penggunaan ICT. Banguna-bangunan lain seperti Bengkel Kemahiran Hidup dan Blok Kejuruteraan telah siap sepenuhnya.
   
 
>>top<<
   
   
  _________________________________________________________________________________________
   
   
         
Copyright Maktab Sultan Abu Bakar 2009
Designed by SarinaFP