:: Maklumat Asas | Objektif Program | Hasil Pembelajaran | Pengkelasan Mata Pelajaran |Struktur dan Ciri Program ::
:: Pemetaan Hasil Pembelajaran | Peluang Kerjaya dan Maklumat Lain | Sinopsis Mata Pelajaran | Laman Utama ::


SINOPSIS

 

SINOPSIS PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK

 

SPN 1012 Kurikulum Sains dan Matematik

Kursus ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sejarah perkembangan kurikulum sains dan matematik di Malaysia juga analisis kurikulum sains dan matematik Sekolah Menengah Bestari. Kursus ini juga akan memberi penekanan terhadap prinsip-prinsip asas pembentukan kurikulum sains dan matematik. Pelajar perlu menunjukkan kecekapan dalam menggunakan pelbagai model kurikulum sains dan matematik seperti Model Bersepadu, Model Sains, Teknologi dan Masyarakat dan Model di Sekolah Bestari. Dalam kursus ini juga pelajar akan membuat perbandingan kurikulum sains dan matematik Malaysia dengan beberapa kurikulum di negara maju.

 

Rujukan:

Bybee, R.W. (1997). Achieving Scientific Literacy: From Purposes To Practices . Portsmouth: Heinemann.

Carin, A.A & Bass, J.E. (2000) Methods for Teaching Science as Inquiry . 8 th . Ed. United Kingdom: Prentice Hall College.

Harlen, W. (1992). The Teaching of Science. London: David Fulton Publishers.

Howson, G. Keitel, C. and Kilpatrick, J. (1981) . Curriculum Developments in Mathematics. Cambridge University Press.

Trowbridge, L.W. and Bybee, R.W. (1986). Teaching Secondary School Science. Strategies for Developing Scientific Literacy, 6 th Ed. Merill Publishing Company.

 

 

SPN 1022 Pembelajaran Sains dan Matematik

Kursus ini direka untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teori pembelajaran sains dan matematik khususnya teori behaviorisme dan konstruktivisme serta aplikasinya dalam pembelajaran sains dan matematik. Beberapa teori lain yang berkaitan dengan pembelajaran sains dan matematik di peringkat kognitif yang berbeza akan dibincangkan. Seterusnya kemahiran saintifik asas, kemahiran proses sains bersepadu serta kemahiran berfikir dalam matematik juga akan diteroka.

 

Rujukan:

Bell, F.H. (1978). Teaching and Learning Mathematics in Secondaray Schools . Dubuque: William and Brown Co.

Bigge, M.L. (1982). Learning Theories for Teachers . New York: Harper and Row.

Cagne, E.D. (1985). The Cognitive Psychology of School Learning . Boston: Little Brown and Company.

Schunk, D.H. (2000) Learning Theories. An Educational Perspective . Ed. 5. Ohio: Merrill Publishing Company.

Troutman, A.P. and Licchtenberg, B.K. (1995). Mathematics . A Good Beginning , 5 th Ed. Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Company.

 

SPN 2052 Pengurusan dan Keselamatan Makmal

Kursus ini dirancang bagi mendedahkan pelajar kepada pentadbiran dan pengurusan makmal sains di sekolah, organisasi makmal, peraturan dan penyelenggaraan makmal, pembelian bahan kimia dan radas, peraturan keselamatan, tanggungjawab dan peranan guru sains dan pembantu makmal, pelupusan bahan kimia, jenis-jenis dan bahaya bahan kimia, penyimpanan radas kaca, mikroskop dan alat keselamatan. Kursus ini juga mendedahkan kemahiran teknik asas makmal sains: penggunaan “multimeter”, “soldering”, pengukuran, pemindahan pepejal dan larutan, pemanasan dan penyejatan, penyediaan larutan, kerja kaca, penggunaan dan penjagaan mikroskop, pemasangan litar elektrik, keselamatan elektrik, penyediaan slaid, pengawetan, pemeliharaan spesimen, kebakaran dan pencegahan, jenis-jenis api kebakaran, pemadam api dan pertolongan cemas dalam makmal sains. Di akhir kursus ini, pelajar berupaya memahami pentadbiran, peraturan dan keselamatan makmal, peranan guru sains dan pembantu makmal, teknik-teknik asas makmal dan keselamatan makmal sains dan pertolongan cemas.

 

Rujukan:

Beng, D. C. dan Yahya, M. K., (1982), Panduan Makmal Sains . KL: DBP.

Christine, P., Turner, E., Hinton, M.D. (2001). Laboratary Information Management Systems Revised and Expanded . Ed.2. Portland: Book News.

Halimaton Hamdan dan Zaiton Abd. Majid, (1994), Keselamatan Makmal . KL: DBP.

Harlen, W. (1992). The Teaching of Science. London: David Fulton Publishers

Vondershmitt, D.J. (1991). Laboratary Organization . United Kingdom: Book News.

http://chemistry.about.com/

http://www.practicingsafescience.org/

http://www.pp.okstate.edu/ehs/LINKS/Labchem.htm

http://www.cdc.gov/od/ohs/manual/labsfty.htm

 

 

SPN 2112 Kaedah Mengajar Kimia

Kursus ini dirancang untuk mendedahkan para pelajar kepada falsafah dan tujuan pengajaran kimia di peringkat sekolah menengah. Ia akan meneliti sebahagian dari isu penting dalam kurikulum kimia kebangsaan (Kurikulum paduan sekolah menengah) dengan fokus khas kepada hasilan dari pengajaran kimia yang berkesan. Untuk perancangan pengajaran, ia akan meliputi berbagai model dalam pengajaran dan pembelajaran, penulisan rancangan mengajar harian,dan konsep pengajaran mikro. Kursus ini juga akan membincangkan pengukuran dan penilaian yang akan dijalankan dalam pengajaran kimia. Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat menunjukkan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di dalam pengajaran kimia di kelas pengajaran mikro.

 

Rujukan:

Abdul Latif Samian (1997). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasan dan Pustaka

Bigge M. L. (1982). Learning Theories for Teachers . New York: Harper and Row

Publishers

Gagne E. D. (1985). The Cognitive Psychology of School Learning . Boston: Little

Brown & Company

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Kimia

Tingkatan 4 . Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Martin R. E, Sexton C., Wagner K., Gerlovich J. (1994). Teaching Science for All

Children . Massachusetts: Allyn and Bacon

 

 

SPN 2121 Pendidikan Amali Kimia I

Kursus ini disusun untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja amali kimia di sekolah menengah serta teknik-teknik makmal. Pelajar didedahkan dengan aktiviti ‘hands-on' dan dikehendaki menjalankan eksperimen daripada tajuk-tajuk terpilih: Jirim; Jadual Berkala dan Struktur Atom; Ikatan Kimia; Elektrokimia; Asid dan Bes; Petroleum dan Hidrokarbon; Bahan Buatan dalam Industri; Bahan Kimia untuk Pertanian. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan segala kemahiran saintifik sewaktu menjalankan amali. Penekanan kursus adalah terhadap perancangan kerja amali dan pengendalian sesuatu eksperimen, merekabentuk pendekatan dan kaedah baru dalam menjalankan eksperimen, mempraktikkan teknik-teknik asas makmal kimia dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen.

 

Rujukan:

Abu Hasan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin, (2000), Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science . Glasgow: Blackie.

Lechtanski, V.L. (2000). Inquiry-based Experiments in Chemistry. New York; American Chemical Society.

Murov, S and Stedjec, B. (2000). Experiment and Exercises in Basic Chemistry . London: John Wiley & Sons

Yew Gin Gee dan Sulaiman Hassan, (1991), Kimia Tingkatan 4 . Pulau Pinang: Syarikat Akino

 

 

SPN 2212 Kaedah Mengajar Fizik

Kursus ini disusun untuk memperkenal dan mendedahkan pelajar kepada pelbagai pengetahuan dan amalan yang penting di dalam pengajaran. Ia membincangkan falsafah, matlamat, objektif dan analisis kurikulum mata pelajaran fizik di peringkat sekolah menengah. Penggunaan beberapa model pengajaran pembelajaran, kaedah dan teknik di dalam pengajaran-pembelajaran fizik ditekankan. Penekanan juga diberikan ke atas beberapa aspek penting lainnya seperti pengajaran mikro, kemahiran-kemahiran pengajaran, merancang dan menulis rancangan pengajaran. Di akhir kursus pelajar sewajarnya berupaya menggunakan pengetahuan yang diperolehi untuk memilih perancangan pengajaran yang terbaik.

 

Rujukan:

Collette, A.T. & Chiappetta, E.L. (1984). Science Instructions in The Middle and Secondary Schools. Toronto: Times Mirror/Mosby College Publishing.

Harlen, W. (1992). The Teaching of Science. London: David Fulton Publishers

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan 4 , Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan 5 , Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Qualter, A., Strang, J., Swatton, P., & Taylor, R. (1990). Exploration – A Way of Learning Science. England: Basil Blackwell Limited.

 

 

SPN 2221 Pendidikan Amali Fizik I

Kursus ini direka untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran-kemahiran yang diperlukan di dalam menjalankan kelas amali fizik di sekolah menengah. Ia memfokuskan kepada amali-amali berkaitan Pengukuran; Kinematik dan Dinamik; Sifat-sifat Bahan; Tenaga; Optik dan Gelombang. Selain itu, aspek kemahiran saintifik, nilai dan langkah-langkah keselamatan makmal juga ditekankan semasa pelajar menjalankan kerja amali. Pada akhir kursus, pelajar sewajarnya mampu merancang dan menjalankan eksperimen dengan yakin, cekap dan efektif.

 

Rujukan:

Abu Hassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin, (2000 ), Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Chang See Leong dan Lock Suh Leong, (1995), Fizik Tingkatan 4 . Petaling Jaya: Penerbitan Sinar Sdn. Bhd.

Ellis, J. G. dan Norman, J. R., (1978), Safety and Laboratory Practice . London: The Macmillan Press Ltd.

Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science . Glasgow: Blackie.

Vondershmitt, D.J. (1991). Laboratary Organization . United Kingdom: Book News

Kementerian Pendidikan Malaysia (2004). Panduan Pentaksiran Kerja Amali Fizik: Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

SPN 2412 Kaedah Mengajar Sains

Kursus in disusun untuk mendedahkan pelajar dengan falsafah, matlamat, objektif dan analisis kurikulum mata pelajaran sains di peringkat sekolah menengah. Ia menumpukan kepada aplikasi beberapa model pengajaran pembelajaran, pendekatan, penggunaan bahan bantu pengajaran serta kaedah dan teknik di dalam pengajaran pembelajaran sains. Beberapa aspek pengajaran mikro seperti definisi, tujuan, kemahiran-kemahiran, perancangan, perlaksanaan dan maklum balas sesi pengajaran mikro akan dibincangkan. Ia juga menekankan aspek perancangan serta penulisan persediaan mengajar. Di penghujung kursus, pelajar sewajarnya mampu merancang, menyusun pendekatan dan kaedah yang sesuai di dalam menjalankan pengajaran sains di sekolah.

 

 

Rujukan:

Bell, B. Tasker, R., Cosgrove, M. and Schollum, B. (1985). Learning in Science . Auckland: Heinemann.

Carin, A.A & Bass, J.E. (2000) Methods for teaching Science as Inquiry . 8 th . Ed. United Kingdom : Prentice Hall College.

Harlen, W. (1992). The Teaching of Science. London: David Fulton Publishers.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan 4 , Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Trowbridge, L.W. dan Bybee, R.W. (1986). Teaching Secondary School Science. Strategies for Developing Scientific Literacy, 6 th Ed. Merill Publishing Company.

Poh Swee Hiang (2005). Pedagogy of Science. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Poh Swee Hiang (2003). Science Teaching & Learning Strategies. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Sulaiman Ngah Razali (2002). Pedagogi Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

 

 

SPN 2421 Pendidikan Amali Sains I

Kursus secara amali ini direka untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja amali sains sekolah menengah: keseluruhan kerja amali tingkatan satu dan tingkatan empat, sebahagian kerja amali tingkatan dua. Pelajar dilatih untuk merancang dan melaksanakan kerja-kerja amali menurut perspektif seorang guru. Penekanan kursus adalah terhadap perancangan kerja amali dan pengendalian sesuatu eksperimen, penerapan dan aplikasi kemahiran saintifik dan nilai murni dalam kerja amali sains. Eksperimen berasaskan komputer (Pasco) juga didedahkan dalam pengendalian amali. Selain itu, tumpuan juga diberikan untuk merekabentuk inovasi dalam mengendalikan amali sains.

 

Rujukan:

Abu Hassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin, (2000), Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik . Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia

Christine, P., Turner, E. and Huston, m.D. (2001). Laboratary Information Management system Revised and Advanced . 2 nd . Ed. Portland: Book News.

Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R ., Investigation in Science . Glasgow: Blackie

Yeoh Seng Lee dan Jamilah Man (1991), Sains Tingkatan 4 . Kuala Lumpur: Mahawaras Sdn. Bhd.

Vondershmitt, D.J. (1991). Laboratary Organization . United Kingdom: Book News

Lechtanski, V. L. (2000). Inquiry-based Experiments in Chemistry . New York;

American Chemical Society.

Murov, S and Stedjec, B. (2000). Experiment and Exercises in Basic Chemistry .

London: John Wiley & Sons.

 

 

SPN 3131 Pendidikan Amali Kimia II

Kursus ini direka untuk mendedahkan pelajar kepada teknik makmal dan kerja amali kimia di sekolah menengah. Pelajar didedahkan dengan aktiviti ‘hands-on' dan dikehendaki menjalankan eksperimen daripada tajuk-tajuk terpilih: Garam; Pengoksidaan dan Penurunan; Kadar Tindak Balas; Termokimia; Alkohol, Asid Organik dan Polimer Semula Jadi; Bahan Kimia untuk Pengguna. Ia juga merangkumi merekabentuk dan menggunakan komputer di dalam menjalankan kerja amali kimia. Di akhir kursus ini, pelajar sewajarnya mampu menjelajah, merancang, merekabentuk dan melaksanakan kemahiran saintifik di dalam amali kimia serta merekabentuk dan menggunakan komputer di dalam penilaian kerja amali (PEKA).

 

Rujukan:

Abu Hasan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin (2000), Pendidikan Amali Sains:

Kemahiran Sainstifik . Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science . Glasgow:Blackie

Lechtanski, V. L. (2000). Inquiry-based Experiments in Chemistry . New York;

American Chemical Society.

Murov, S and Stedjec, B. (2000). Experiment and Exercises in Basic Chemistry .

London: John Wiley & Sons.

Yew Gin Gee dan Sulaiman Hassan, (1991). Kimia Tingkatan 4 . Pulau Pinang:

Syarikat Akino.

 

 

SPN 3231 Pendidikan Amali Fizik II

Kursus ini direkabentuk untuk mendedahkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan kerja amali f izik di peringkat sekolah menengah. Ia akan memfokus kepada eksperimen dalam gelombang, keelektromagnetan dan elektronik. Di samping itu aspek-aspek seperti kemahiran saintifik, nilai-nilai murni serta keselamatan makmal turut ditekankan. Di akhir kursus ini, pelajar sewajarnya berupaya untuk merancang dan melaksanakan eksperimen dengan yakin, cekap dan efektif.

 

Rujukan:

Abu Hassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin, (2000 ), Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia .

Chang See Leong dan Lock Suh Leong, (1997), Fizik Tingkatan 5 . Petaling Jaya: Penerbitan Sinar Sdn. Bhd.

Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science . Glasgow : Blackie

Kementerian Pendidikan Malaysia , (1999), Panduan PEKA Fizik . Kuala Lumpur : Lembaga Peperiksaan Malaysia , KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2004). Panduan Pentaksiran Kerja Amali Fizik: Kuala Lumpur : Lembaga Peperiksaan Malaysia , KPM.

Peterson, R.W. (1979). Teaching Physics Safely : Some Practical Guidelines in Seven Areas of Common Concern in Physics Classrooms. United Kingdom : Amer Assn of Physics Teachers

 

 

SPN 3431 Pendidikan Amali Sains II

Kursus ini mendedahkan pelajar kerja amali sains sekolah menengah. Ia memberi tumpuan terhadap keseluruhan kerja amali tingkatan tiga dan tingkatan lima serta sebahagian kerja amali tingkatan dua. Kursus ini melatih pelajar merancang dan melaksanakan kerja-kerja amali menurut perspektif guru, merancang kerja amali dan mengendalikan sesuatu eksperimen serta menerap dan mengaplikasikan kemahiran saintifik dan nilai murni dalam kerja amali sains. Ia juga mendedahkan pelajar untuk mengaplikasi dan merekabentuk inovasi eksperimen berasaskan komputer (Pasco) dan merekabentuk amali untuk Pentafsiran Kerja Amali Sains (PEKA). Di akhir kursus ini, pelajar berupaya meningkatkan penguasaan konsep sains, merancang dan melaksanakan amali dengan berkesan, mengaplikasikan segala aspek kemahiran saintifik dan nilai murni, menghasilkan inovasi dalam pengendalian amali berasaskan komputer dan mengendalikan kelas amali secara kreatif serta mendedahkan pengalaman merekabentuk amali PEKA.

 

Rujukan:

Abu Hassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin, (2000), Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Baird, D.C. (1994). Experimentation: An Introduction to Measurement Theory and Experiment Design. (3rd Edition). London: Prentice Hall

Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science . Glasgow: Blackie.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999 ), Panduan PEKA Sains . Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia, KPM.

Yeoh Seng Lee dan Sim Bee Lan (1995), Amali Sains Tingkatan 5. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Lechtanski, V. L. (2000). Inquiry-based Experiments in Chemistry . New York;

American Chemical Society.

Murov, S and Stedjec, B. (2000). Experiment and Exercises in Basic Chemistry .

London: John Wiley & Sons.

 

 

SPN 4142 Pendidikan Kimia

Kursus ini digubal bagi mendedahkan pelajar terhadap perlaksanaan kurikulum kimia di sekolah secara berkesan. Ia memberi penekanan terhadap beberapa teori yang berkaitan dengan psikologi pembelajaran, kaedah dan strategi pengajaran, falsafah pendidikan, objektif serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan kimia. Kursus ini juga turut membincangkan beberapa isu dan cabaran semasa dalam pendidikan kimia, perkembangan penyelidikan dalam pendidikan kimia serta pengajaran tajuk-tajuk terpilih dalam sukatan pelajaran kimia di sekolah. Di akhir kursus ini, diharap pelajar boleh mengaplikasikan teori dan pengetahuan bagi menghasilkan kerja ilmiah yang berkaitan dengan pendidikan kimia: Menjalankan penyelidikan ringkas (dan membuat laporan), modul, projek, perisian, dan sebagainya.

 

Rujukan:

Abdul Latif bin Samian (1997), Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Bigge M. L. (1982), Learning Theories for Teachers. Harper & Row Publishers, New

York.

Bloom B. S., Madaus G. F. and Hastings J. T. (1981), Evaluation to Improve

Learning. McGraw Hill Book Company, New York.

Gagne E. D. (1985), The Cognitive Psychology of School Learning. Little, Brown and

Company, Boston.

Ooi Chong Beng dan Mohd. Khairuddi Yahya. Panduan Makmal Sains. Dewan

Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Panduan PEKA Kimia (1999), Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian

Sukatan Pelajaran Kimia KBSM Tingkatan Empat.

Poh Swee Hiang (1996), Pedagogi 1. Kurikulum Sains. Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd. Kuala Lumpur.

Poh Swee Hiang (1997), Pedagogi 2. Strategi pengajaran pembelajaran sains.

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Spenser K. (1988), The Psychology of Educational Technology and Instructional

Media, Routledge London.

 

Journals :

The Science Teacher,

Journal of Research in Science Teaching

Chemistry Education Research and Practice

Science Education

Journal of Chemical Education; and other journals

 

 

SPN 4242 Pendidikan Fizik

Kursus ini direka bentuk untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang isu-isu dan cabaran semasa dalam Pendidikan Fizik, termasuklah perkembangan dalam bidang penyelidikan dan pengajaran tajuk-tajuk terpilih. Kursus ini juga akan menyediakan latihan menjalankan projek untuk menghasilkan modul/ perisian/ laporan bagi tajuk tertentu dalam bidang Pendidikan Fizik. Di akhir kursus ini, para pelajar seharusnya boleh bekerja dalam kumpulan untuk membincangkan perkembangan semasa yang berkaitan dengan kursus ini serta boleh mengaplikasikan teori yang dipelajari untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran.

 

Rujukan:

Baker, D.R., & Piburn, M.D. (1997 ). Constructing Science in Middle and Secondary School Classrooms. Ally & Bacon.

Brown, S.C., Kedves, F.J., & Wenham, E.J. (1971). Teaching Physics – An Insoluble Task ? The Massachusetts Institute of Technology Press.

Fensham, P.J., Gunstone, R.F., & White, R.T. (1995). The Content of Science: A Constructivist Approach To Its Teaching and Learning. London: The Falmer Press.

Lewis, J L.(1972). Teaching School Physics. William Clowes & Sons Ltd.

Trowbridge, L.W. dan Bybee, R.W. (1986). Teaching Secondary School Science. Strategies for Developing Scientific Literacy, 6 th Ed. Merill Publishing Company.

 

SPN 4442 Pendidikan Sains

Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan isu dan cabaran dalam Pendidikan Sains, Pembangunan Penyelidikan dan Pengajaran topik Terpilih dalam Fizik. Dalam bahagian kedua pelajar diminta untuk menyediakan kerja kursus seperti; projek/modul/ perisian/laporan akademik/ tesis pendek dalam Pendidikan Sains

 

Rujukan:

Brisk, M.A. (1992). 1001 Ideas for Science Projects. New York : Prentice Hall.

Fensham, P.J., Gunstone, R.F., & White, R.T. (1995). The Content of Science: A Constructivist Approach To Its Teaching and Learning. London: The Falmer Press.

Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science . Glasgow: Blackie

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Huraian Sukatan Pelajaran Rampaian Sains Tingkatan V . Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Thornburs, H. (1992). School Learning and Instruction . California: Brooks/Cole Publishing Company.

Trowbridge, L.W. dan Bybee, R.W. (1986). Teaching Secondary School Science.Strategies for Developing Scientific Literacy, 6 th Ed. Merill Publishing Company.

Poh Swee Hiang (2005). Pedagogy of Science. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Poh Swee Hiang (2003). Science Teaching & Learning Strategies. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Sulaiman Ngah Razali (2002). Pedagogi Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

 

 

SPN 2312 Kaedah Mengajar Matematik

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai falsafah, matlamat dan objektif dalam pengajaran matematik. Pelajar dikehendaki membuat analisis kurikulum matematik kebangsaan dan mengaplikasikan beberapa model pengajaran pembelajaran, kaedah dan teknik di dalam pengajaran pembelajaran matematik. Pelajar perlu menunjukkan kemahiran dalam sesi pengajaran mikro termasuk kemahiran merancang, melaksanakan serta menguasai kemahiran pengukuran, penilaian, diagnosis dan pemulihan dalam pengajaran matematik.

 

Rujukan:

Cruickshank, P.R. et. al (1995) The Act of Teaching . New York: Mc Graw Hill Inc.

Hewitt, J.S. (1997). Teaching Methods for Today's School . Boston: Allyn and Beacon.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan 4 , Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Liew Su Tim dan Swetz, F.J. (1982). Pengajaran Matematik di Sekolah Menengah Malaysia , Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Troutman, A.P. and Lichtenberg, B.K. (1995). Mathematics. A Good Beginning , 5 th . Ed. Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Company.

 

 

SPN 2332 Pendidikan Amali Matematik

Kursus ini direkabentuk meliputi dua bahagian;

Bahagian pertama adalah aplikasi komputer dalam pendidikan matematik :

Tumpuan khusus diberikan kepada peranannya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran: kemudahan internet, penyelesaian masalah, sistem tutorial multimedia dan kemahiran pengaturcaraan. Pengenalan kepada pangkalan web yang berkualiti dan cara mengendalikan forum matematik untuk murid sekolah. Penilaian ke atas pangkalan web dan beberapa perisian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Penggunaan beberapa perisian terkini di makmal komputer dalam konteks pendidikan matematik di peringkat sekolah menengah. Pendedahan untuk menghasilkan aktiviti pembelajaran dan penilaian matematik berkomputer.

Bahagian Kedua ialah menangani ‘hands-on'/kerja praktikal, manipulatif, rekreasi, sejarah, asas-permasalahan dan aktiviti penyelidikan matematik. Di akhir kursus ini pelajar dikehendaki menguasai kemahiran menggunakan pengetahuan tersebut untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik.

 

Rujukan:

Balacheff, N and Kaput, J.J. (1966). Computer-Based Learning Environments in Mathematics , A.J. Bishop, K. Clements, C. Kethel, J. Kiltpatrick and C. Laborde. International Handbook of Mathematics Education. Dordrecht: Kluwer.

De Corte, E. and Verschaffel, L. (1989). LOGO: A Vehicle for Thinking , in B. Greer and G. Mulhern. New Direction in Mathematics Education. London: Routlege.

Gardner, M. (1969) Mathematics, Puzzles and Diversions . Penguin

Hastings, N. B. and Levin, G. (1989). Learning Discrete Mathematics With Isetl . Portland: Springer Verlag

Max A. Fobel and Evan M. Malepsky (1988). Teaching Mathematics – A Source Book of Aids, Activities & Strategies . Prenpice Hall, New Jersey.

 

SPN 4342 Pendidikan Matematik

Kursus ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan isu-isu dan cabaran semasa dalam pendidikan matematik, perkembangan penyelidikan dalam pendidikan matematik dan pengajaran tajuk-tajuk terpilih. Di bahagian kedua, pelajar dikehendaki menghasilkan kerja ilmiah: projek / modul / perisian / laporan ilmiah / penyelidikan ringkas dalam pendidikan matematik.

 

Rujukan:

Begle, E.G. (1979). Critical Variables in Mathematics Education . Washington: NCTM.

Bell, F. H. (1978) Teaching and Learning Mathematics in Secondary Schools . Dubuque: WCB Co. Pulishers.

Heaton, R. and Lampert, M. (2000). Teaching Mathematics to the New Standards: Relearning the Dance (Practitioner Inquiry, 15). United Kingdom: Teachers College

Nik Aziz Nik Pa (1992). Agenda Tindakan Penghayatan Matematik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

English L. D & Halford G.S. (1995) Mathematics Education Models and Processes. Lawrence Erlbaum Associates, Publishers, Mahwah, New Jersey

 

SINOPSIS MATA PELAJARAN MATEMATIK

SSH 1013 Matematik Perantaraan

 

SSH 1113 Statistik I

 

Taburan t, taburan c 2 dan taburan F. Taburan Pensampelan: teorem had memusat, taburan pensampelan bagi min, beza, beza dua min, kadar dan beza dua kadar. Penganggaran: Anggaran titik, anggaran selang bagi min, beza dua min, kadar dan beza dua kadar, varians dan nisbah varians. Ujian hipotesis: Min, beza dua min, kadar dan beza kadar, varians dan nisbah varians. Analisis varians: Klasifikasi satu hala (saiz sampel sama), klasifikasi satu hala (saiz sampel sembarangan). Regresis linear mudah dan kolerasi: Kaedah kuasa dua terkecil, pendekatan ANOVA, kolerasi Pearson. Jadual kontigensi: Ujian kebagusan cocokan, ujian ketakbersandaran, ujian kehomogenan.

 

Rujukan:

Hogg, R. V. and Craig, A.G. (1994), Introduction to Mathematical Statistics, London : McMillan Publishing Co. Inc.

Mansor Jusoh (1986), Statistik dan Kebarangkalian, Kuala Lumpur : DBP.

Mendenhell, W. and Sincich (1995), Statistics for Engineering and The Sciences, New Jersey : Prentice Hall.

Walpole, R. E. and Meyer (1987), Kebarangkalian dan Statistik Untuk Jurutera dan Ahli Sains, (terjemahan) Kuala Lumpur : DBP.

 

 

SSH 1123 Statistik II

 

Kebarangkalian: Hukum-hukum kebarangkalian dan Petua Bayes. Pembolehubah rawak: Pembolehubah rawak univariat dan dwivariat. Pembentukan taburan kebarangkalian. Nilai jangkaan, varians dan kovarians. Taburan tercantum, sut, bersyarat serta nilai jangkaannya. Penjelmaan pembolehubah rawak. Fungsi penjana momen. Ketakber-sandaran stokastik. Ketaksamaan Chebyshev. Hukum nombor besar. Statistik tertib. Taburang mengehad. Anggaran titik Sifat penganggar, Batas Cramer-Rao, penganggar kebolehjadian maksimum, penganggar linear saksama terbaik. Anggaran selang dan pengujian hipotesis: teorem Neymann-Pearson, ujian nisbah kebolehjadian maksimum.

 

Rujukan:

Cox, D.R. and Hinkley, D. V. (1974), Theoritical Statistics, London : Chapman & Hall.

Hogg, R. V. and Craig, A.G. (1994), Introduction to Matemathical Statistics, London : McMillan Publishing Co. Inc.

Mansor Jusoh (1986), Statistik dan Kebarangkalian, Kuala Lumpur : DBP.

Zainuddin Jubok (1986), Kebarangkalian dan Statistik Jurutera dan Ahli Sains ( terjemahan) Kuala Lumpur : DBP,

 

 


SSH 1713 Kalkulus I

 

Had dan Keselanjaran: Takrif had, had kiri dan had kanan, kewujudan had suatu fungsi, teorem-teorem had, had di ketakterhingaan, konsep keselanjaran suatu fungsi. Pembezaan: Takrif pembezaan, pembezan fungsi aljabar, rumus pembezaan, pembezaan peringkat tinggi. Nilai ekstremum suatu fungsi selanjar, Teorem nilai ekstremum relatif, ekstremum mutlak, pengoptimuman, teori nilai purata, Teorem Rolle, pembuktian Teorem nilai purata, penggunaan teorem nilai purata, Ujian pembezaan pertama, Fungsi menokok dan menyusut, ujian pembezaan pertama, lakaran graf dengan pembezaan pertama, kecekungan dan ujian pembezaan kedua, ekstremum relatif dengan ujian pembezaan kedua, had tak terhingga dan asimptot, Asimptot, had yang melibatkan ketakterhinggaan, graf dengan asimptot, Petua L'Hospital, bentuk tak tentu 0/0, bentuk tak tentu ¥ / ¥ , petua L'Hospital untuk bentuk-bentuk lain. Pengamiran: Luas sebagai had hasil tambah, tata tanda hasil tambah, hasil tambah Reimann dan kamiran tentu, Teorem asas kalkulus dan teknik-teknik kamiran, pengiraan panjang lengkuk, luas permukaan kisaran, pengenalan kepada persamaan pembezaan boleh pisah. Pembezaan dan Pengamiran Lanjutan: Pembezaan dan kamiran yang melibatkan fungsi trigonometri songsang dan fungsi hiperbolik songsang. Kamiran Tak Wajar: Takrif kamiran tak wajar, kamiran dengan had tak terhingga, kamiran dengan fungsi yang dikamir mempunyai ketakselanjaran tak terhingga. Jujukan: Takrif jujukan, had jujukan, teorem himpit, jujukan berekanada. Siri: Takrif siri, siri geometri, siri teleskop, ujian pencapahan, ujian kamiran, siri-p, ujian bandingan terus, ujian bandingan had, ujian punca, ujian nisbah, siri selang-seli, penumpuan mutlak. Siri kuasa: Takrif siri kuasa, jejari dan selang penumpuan, Siri Maclaurin, siri Taylor , siri binomial.

 

Rujukan:

Bradley G. L. & Smith K.J. (1998), Calculus, New Jersey : Prentice Hall International Inc.

Thomas G. B. & Finney R.L. (1998), Calculus with Analytic Geometry, 9 th Ed., New York : Addison Wesley.

Jeffrey, A., (2002), Advanced Engineering Mathematics, Harcourt Academic Press.

 

 

SSH 1523 Aljabar Linear

 

Matriks: Jenis matriks, Operasi Matriks, Operasi baris permulaan, penentu, pangkat, songsangan. Sistem persamaan linear: Homogen dan Tak Homogen, Petua Cramer. Ruang Vektor: Subruang, gabungan linear dan kebersandaran linear, ruang rentangan, asas dan matra, ruang baris dan ruang lajur, vektor koordinat dan pertukaran asas, proses Gram Schmidt. Penjelmaan Linear: Perwakilan matriks. Nilai Eigen dan Vektor Eigen: Pepenjuruan.

 

Rujukan:

Wilde C. (1998), Linear Algebra (terjemahan), Skudai: Penerbit UTM.

Anton H.(1984), Elementary Linear Algebra, New York : John Wiley and Sons.

Kolman B. (1982), Elementary Linear Algebra, 3 rd Ed., London : MacMillan.

Lay, David C., (1997), Linear Algebra and Its Application, 2 nd Ed., London : MacMillan.

 

 

SSH 1723 Kalkulus II

 

Fungsi beberapa pembolehubah: Takrif dan tatanda, domain dan julat, lengkung searas, had dan keselanjaran; kewujudan had suatu fungsi, teorem-teorem had, ujian dua lintasan, pembezaan separa, petua rantai, kadar perubahan, pembeza seluruh, tokokan kecil. Nilai ekstremum suatu fungsi selanjar: Teorem nilai ekstremum, ekstremum relatif, ekstremum setempat, ekstremum mutlak, pendarab Langrange . Kamiran ganda dua: kamiran ganda dua dalam koordinat Cartesan, menentukan batas dan tukar tertib kamiran, kamiran ganda dua dalam koordinat kutub, luas rantau dan isipadu bongkah, jisim, pusat graviti dan momen dan memoen inersia. Kamiran ganda tiga: kamiran ganda tiga dalam koordinat Cartesan, menentukan batas dan tukar tertib kamiran, kamiran ganda tiga dalam koordinat silinder, sfera, isipadu bongkah, jisim, pusat graviti dan momen dan momen inersia. Fungsi bernilai vektor: takrif fungsi bernilai vektor, vektor kedudukan dan graf, pembezaan, vektor tangen unit, vektor normal unit, vektor binormial, kelengkungan dan jejari kelengkungan, kilasan. Pengoperasi del Ñ , kecerunan, kecapahan, keikalan, vektor normal kepada permukaan, terbitan berarah, kadar perubahan. Kamiran garis: Kamiran garis dalam dua dan tiga matra, kerja, Teorem Green, fungsi keupayaan dan fungsi konservatif. Kamiran permukaan: Kamiran permukaan bagi fungsi vektor, Teorem Gauss, Teorem Stokes.

 

Rujukan:

Bradley G. L. & Smith K. J. (1995), Calculus, New Jersey, Prentice Hall International, Inc.

Thomas G. L. & Finney R. L. (1996), Calculus With Analytic Geometry, New Jersey : Prentice Hall International, Inc.

Swokowski, E. A. (1995), Calculus with Analytic Geometry, 5 th Ed., PWS-Kent.

Jeffrey A. (2002), Advanced Engineering Mathematics, Harcourt Academic Press.

 

 

SSH 1803 Matematik Kejuruteraan

 

Fungsi beberapa pembolehubah: Takrif dan tatanda, domain dan julat; Lengkung searas, permukaan dan permukaan searas; Terbitan separa; Petua Rantai, kadar perubahan; pembeza seluruh, tokokan kecil: Ekstremum fungsi dua pemboleh ubah. Kamiran ganda dua: Kamiran ganda dua dalam koordinat Cartesan, menentukan batas dan menukar tertib kamiran, kamiran ganda dua dalam koordinat kutub; mengira luas rantau dan isipadu bongkah, menentukan jisim, pusat graviti, momen dan momen inersia lamina. Kamiran ganda tiga: kamiran ganda tiga dalam koordinat kartesan, menentukan batas kamiran, mengira isipadu, jisim, pusat graviti, momen dan momen inersia bongkah; kamiran ganda tiga dalam koordinat silinder; Kamiran gandatiga dalam koordinat sfera.


Rujukan:

Mustapha Majid (1989), Kalkulus Asas Untuk Pelajar Kejuruteraan dan Sains, Jilid II, Kuala Lumpur : DBP.

Anton H. (1992), Calculus, 4 th Edition, New York : John Wiley.

Bradley G. L. & Smith K.L. (1995), Calculus, New Jersey : Prentice Hall.

Swokowski E. A. (1995), Calculus with Analytical Geometry, 5 th Ed., PWS-Kent

 

 

SSH 2012 Mekanik

Dinamik Zarah: Kelajuan, lengkung ruang-masa, hukum penambahan vektor, halaju dan halaju relatif. Kinematik: Gerakan dalam suatu garis lurus dengan pecutan seragam, pecutan berubah-ubah, gerakan di bawah pengaruh graviti, sepanjang satah condong licin. Projektif: Hukum gerakan Newton ke-2, daya, persamaan impuls momentum, prinsip keabadian momentum linear, pekali pulihan, tegangan impuls dalam tali, gerakan jasad-jasad terhubung; kerja, kuasa, tenaga, prinsip keabadian tenaga. Statik zarah: Keseimbangan daya-daya sesatah, geseran; daya-daya sesatah bertindak pada suatu jasad tegar, jasad tegar tertakluk kepada tiga daya.

 

Rujukan:

Bostok L. & Chandler S. (1979), Applied Mathematics I, Stanley Thornes Ltd.

Humprey D. & Topping J. (1981), Mekanik Perantaraan, Petaling Jaya: Longman.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1994), Sukatan T: Mekanik dan Statistik, Petaling Jaya: Fajar Bakti.

 

 

SSH 2313 Analisis Berangka I

Pengenalan beberapa jenis ralat dalam pengiraan berangka. Penyelesaian Persamaan Tak linear: Teorem-teorem berkaitan, menentukan kedudukan punca-punca persamaan tak linear secara kasar, kaedah-kaedah penyelesaian. Analisis Penumpuan bagi kaedah Newton dan Sekan. Penyelesaian sistem persamaan tak linear; Kaedah Newton. Penyelesaian Sistem Persamaan Linear: Kaedah langsung, kaedah pemfaktoran LU, Kaedah Thomas, kaedah lelaran. Penyelesaian lengkung: Interpolasi linear, kuadratik, kubik, Interpolasi Langrange. Kaedah beza berbahagi Newton . Kaedah kuasa dua terkecil-linear dan kudratik. Pembezaan berangka: Rumus beza depan, beza belakang, kaedah pekali tak tentu. Kamiran Berangka: Petua Trapezium dan Simpson, serta analisis kejituan bagi kedua-dua kaedah. Kaedah Kuadrator Gauss. Penggunaan Pengamiran Berangka untuk Kamiran Berganda Dua. Penyelesaian Berangka Persamaan Pembezaan Biasa: Masalah Nilai awal; kaedah Euler, siri Taylor , Runge-Kutta. Masalah Nilai sempadan; Kaedah Beza Terhingga.

 

Rujukan:

Bahrom Sanugi (1989), Analisis Berangka, Skudai: Penerbit UTM.

Nazeeruddin Yaacob (2000), Langkah-langkah Awal Dalam Analisis Berangka, Skudai: Penerbit UTM.

Burden R. L. & Faires J. D. (1993), Numerical Analysis, PWS Publishing Co.

 

 

SSH 2513 Analisis Nyata

Nombor nyata: nombor tabii, integer dan sifat penerbitan rapi, ketaksamaan Cauchy-Schwartz, nombor nisbah, potongan Dedekind, nombor tak nisbah dan aksiom yang berkaitan , batas bawah, batas atas, aksiom pelengkap, sifat Archimedes. Teori set: Hasildarab Cartesan, hubungan dan fungsi, fungsi injeksi, surjeksi dan bijeksi, keserupaan set: keterbilangan nombor nisbah, ketakterbilangan nombor nyata. Topologi Pada Garis Nyata: Ruang metrik, set terbuka, set tertutup, titik pendalaman, titik tumpukan, tutupan, sempadan, tudung dan subtudung, kepadatan set, Teorem Bolzano-Wiestrass dan Heine-Borel. Jujukan: jujukan menumpu, had jujukan, jujukan Cauchy. Had dan keselanjaran Fungsi: keselanjaran pada titik, teorem Bolzano , teorem Nilai Pertengahan, keselanjaran seragam; ketakselanjaran; Fungsi berekenada. Pembezaan: terbitan fungsi, terbitan fungsi gubahan, teorem Rolle, teorem Nilai Min, teorem nilai Min Cauchy, Petua L'Hopital.

 

Rujukan:

Apostol T. M. (1974), Mathematical Analysis , Reading-Massuchussetts, Addison-Wesley.

Maselan Ali (1994), Analisis Nyata, Skudai: Penerbit UTM.

Rudin W. (1989), Prinsip-Prinsip Analisis Matematik, edisi 3, Kuala Lumpur : DBP

Izzah Abdullah (1995), Analisis Nyata, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

 

SSH 2713 Persamaan Terbitan

Persamaan terbitan biasa peringkat pertama: konsep asas, pengelasan persamaan terbitan serta pembentukan persamaan terbitan biasa. Penyelesaian persamaan terbitan bolehpisah, homogen, linear dan tepat; penggunaan persamaan terbitan peringkat pertama. Persamaan terbitan biasa peringkat kedua dengan pekali malar: Penyelesaian persamaan homogen, prinsip superposisi dan penyelesian am, penyelesaian persamaan tak homogen dengan kaedah pekali tak tentu dan ubahan parameter; penggunaan persamaan terbitan linear peringkat kedua. Penjelmaan Laplace: Takrif, penjelmaan Laplace fungsi piawai, sifat linear, sifat anjakan pertama, pendaraban dengan t n . penjelmaan Laplace bagi fungsi langkat unit Heaviside, delta Dirac dan fungsi berkala; sifat anjakan kedua. Penjelmaan Laplace songsang: teorem konvolusi, menyelesaikan masalah nilai awal dan sempadan menggunakan penjelmaan Laplace . Siri Fourier: Syarat Dirichlet; siri Fourier dalam selang (?????), siri Fourier fungsi genap dan ganjil, siri Fourier separuh selang, siri Fourier dalam selang (-l,l) dan (a, a + 2T). Persamaan terbitan separa: konsep asas, penyelesaian dengan kaedah pemisahan pembolehubah bagi persamaan haba, persamaan gelombang dan persamaan Laplace .

 

Rujukan:

Mohd Nor Mohamad et.al (1977), Modul Persamaan Terbitan 1,2,3, Jabatan Matematik: UTM.

Murray R. S. (1981), Applied Differential Equation, Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall.

Mohd Nor Mohamad (1990), Siri Fourier, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Stroud K.A. (1996), Advanced Engineering Mathematics , London : MacMillan Ltd.

 

 

SSH 2723 Penyelidikan Operasi

Pengenalan penyelidikan operasi, pengenalan pengoptimuman linear, pengoptimuman linear. Pemodelan pengaturcaraan linear. Perumusan pengaturcaraan. Asas matematik dan kaedah penyelesaian: Kaedah graf. Kaedah Simpleks. Kaedah Simpleks M-Besar, Dua-Fasa Dual. Simpleks Tertilik semula. Analisis kepekaan. Masalah kedualan. Pengenalan kaedah Karmarkar. Masalah Pengangkutan. Pengaturcaraan integer. Pengaturcaraan kuadratik. Pengaturcaraan dinamik.

 

Rujukan:

Hamdy A. T. (1996), Operations Research, 6 th Ed., New Jersey : Prentice Hall.

Wayne L. W. (1992), Operations Research: Applications and Algorithms, Duxbury Press.

Zaini Mahbar (1990), Pengaturcaraan Linear, Kuala Lumpur : DBP.

James P. I. (1992), Pengaturcaraan Linear Dalam Sistem Matlamat Tunggal dan Berbilang, Kuala Lumpur : DBP.

 

 

SSH 2823 Persamaan Terbitan Separa

Persamaan peringkat satu: pembentukan, pengelasan, penjelmaan kepada bentuk boleh selesai, beberapa kaedah penyelesaian termasuk kaedah cirian, penggunaan dalam aliran trafik. Penyelesaian persamaan peringkat satu tak linear. Persamaan peringkat dua: pengelasan kepada eliptik, parabolik, hiperbolik, penjelmaan kepada bentuk piawai. Penerbitan salah satu persamaan gelombang, resapan atau Laplace . Kaedah pemisahan pembolehubah secara umum. Persamaan gelombang: kaedah de Alembert dan pemisahan pembolehubah, tali regang antara dua titik tetap dan tali tak terhingga, getaran membran. Persamaan resapan: matra satu dan matra dua, sistem koordinat Cartes dan silinder. Persamaan Laplace: koordinat kutub dan koordinat silinder.

 

Rujukan:

Greenberg M. D. (1998), Advanced Engineering Mathematics, New Jersey : Prentice-Hall International.

O' Neil P. V. (1991), Advanced Engineering Mathematics, 3 rd Ed., Wordsworthm.

Vyedensky D. (1993), Partial Differential Equation With Mathematica , New York : Addisson Wesley.

 

 

SSH 3043 Sejarah dan Falsafah Matematik

Tamadun Purba: Mesir, Babilon, Yunani , China , India . Tamadun Islam: Tamadun Eropah. Matematik di Amerika. Perkembangan Bidang Tertentu Matematik: Aljabar Linear, Topologi, Kebarangkalian. Pengaruh Teknologi Terhadap Matematik: Mesin cetak, Komputer. Tokoh Matematik: Euklid, Archmedes, Al-Khwrizmi, Gauss, Newton , Fermat, Euler. Falsafah Utama Matematik: Pengertian ‘Matematik', kebenaran Matematik, Platonisme, Mantikisme, Instuitisme (Konstruktivisme), Humanisme, Islamanisme matematik. Proses Matematik: Peniskalaan, Pengitlakan, Pemformalan.

 

Rujukan:

Abd Latif Samian (1996), Falsafah Matematik, Kuala Lumpur : DBP.

Victor Katz (1997), History of Mathematics: An Introduction, 2 nd Ed.

Abd. Latif Samian (1992), Falsafah Matematik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

 

SSH 3063 Teori Set dan Mantik

Pengenalan ringkas set: kaedah daftar dan kaedah pembina set, keanggotaan, subset, kesamaan, set kosong, persilangan dan kesatuan serta set semesta dan pelengkap, subset nombor nyata. Ayat dan Pernyataan: Konjungsi, Disjungsi, penafian, implikasi, Dwiimplikasi, Gabungan pengait. Pengkuantiti: pengkuantiti semesta dan pengkuantiti wujudan, Gabungan pengkuantiti, nilai kebenaran ayat berpengkuantiti. Hujah: Tautologi dan percanggahan, kesahan hujah. Kaedah Pembuktian dalam Matematik: Implikasi (langsung, kontrapositif, percanggahan), Dwiimplikasi, ayat berpengkuantiti semesta, kes demi kes, prinsip aruhan matematik, kewujudan dan keunikan. Teori set: Teori set secara beraksiom, pasangan tertib, hasil darab Cartes, Hubungan, hubungan kesetaraan, Fungsi (satu dengan satu, keseluruh), set tak terhingga, kekardinalan, hipotesis kontinum.

 

Rujukan:

Marvin L. B. (1982), Logic, Proof and Sets, Addison-Wesley.

Irving M. Copi and Carl Cohen (1994), Introduction to Logic, MacMillan.

Lipshutz S. (1981), Theory and Problems of Set Theory and Related Topics, New York : McGraw-Hill.

 

 

SSH 3513 Aljabar Moden

Kumpulan: Takrif dan contoh-contoh kumpulan, ciri-ciri asas bagi kumpulan, Jadual Pendaraban (Cayley). Subkumpulan: Takrif subkumpulan, ujian bagi subkumpulan, contoh-contoh subkumpulan. Kumpulan kitaran: takrif kumpulan kitaran, ciri-ciri kumpulan kitaran, klasifikasi subkumpulan bagi kumpulan kitaran. Kumpulan pilihatur: takrif kumpulan pilihatur dan tatatanda, contoh-contoh kumpulan pilihatur, ciri-ciri kumpulan pilihatur, transposisi, kumpulan selang-seli. Isomorfisma: Takrif dan contoh-conth isomorfisma, ciri-ciri bagi isomorfisma, automorfisma. Hasildarab langsung: takrif dan contoh-contoh hasildarab langsung, ciri-ciri hasil darab langsung. Koset dan teorem Langrange: ciri-ciri koset, teorem langrange, aplikasi. Subkumpulan normal dan kumpulan Faktor: subkumpulan normal, kumpulan faktor. Teorem Sylow: Kelas konjugat, Teorem Sylow.

 


Rujukan:

Mohd Nor Mohamat (1997), Modul Persamaan Terbitan 1,2,3, Jabatan Matematik: UTM.

Spiegel M. R. (1981), Applied Differential Equation, Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall,

Mohd Nor Mohamad (1990), Siri Fourier, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Stroud K.A. (1996), Advanced Engineering Mathematics, London : MacMillan Ltd.

 

 

SSH 3743 Pembolehubah Kompleks

Ulangkaji Nombor Kompleks: Sifat nombor kompleks, rajah Argand, bentuk kutub, kuasa dan punca nombor kompleks, unjuran stereografi. Fungsi kompleks: topologi satah kompleks, had dan keselanjaran, terbitan fungsi kompleks, fungsi analisis, persamaan Cauchy-Reimann, fungsi harmonik. Fungsi Kompleks Permulaan: Fungsi eksponen, fungsi trigonometri, fungsi hiperbolik, fungsi logaritm, fungsi songsang trigonometri, fungsi songsang hiperbolik. Kamiran Atas Satah Kompleks: Kamiran garis, kamiran kontour dan teorem Green, bebas lintasan, teorem Cauchy, rumus kamiran Cauchy dan penggunaannya. Siri Kompleks: jujukan nombor kompleks, penumpuan siri kompleks, penumpuan seragam, siri Tayor, Siri Maclaurin, siri kuasa, siri Laurent. Teori Reja: jenis-jenis kesingularan, reja, kaedah mencari reja, teorem reja dan penggunaannya. Pemetaan Konformal: sifat konformal, penjelmaan mudah, penjelmaan bilinear dan penggunaannya dalam masalah nilai sempadan.

 

Rujukan:

Nguyen H. B. (1994), Analisis Kompleks, Kuala Lumpur : DBP.

Spiegel M. R. (1981), Complex Variables, Edisi SI (Metric), Schaums Series , New York : McGraw-Hill.

Saff, E. B. & Snider A. D. (1993), Fundamentals of Complex Analysis for Mathematics, Sciences and Engineering, 2 nd Ed., New Jersey : Prentice Hall.

Wunsch A.D. (1994), Complex variables with applications, 2 nd Ed., New York : Addison-Wesley.

 


SINOPSIS MATA PELAJARAN FIZIK

 

SSP 1113 Mekanik Gunaan

Statik jasad tegar. Daya dan tindakan daya. Momen daya. Keseimbangan. Pusat graviti dan titik sentroid. Alang dan kawat. Momen inersia jisim dan momen inersia luas. Dinamik jasad tegar. Kinematik gerakan sesatah jasad tegar. Gerakan guling. Kinetik jasad tegar. Persamaan am gerakan sesatah. Tenaga dan kerja. Momentum linear. Prinsip impuls dan momentum sudut. Hentaman. Hidrostatik dan hidrodinamik bendalir. Daya hidrostatik (tujahan hidrostatik). Pusat tekanan. Persamaan keselanjaran. Persamaan Bernoulli. Persamaan momentum. Pancutan.

 

Rujukan:

Meriam, J.L. (1989), Mechanics, New York : John Wiley and Sons.

Hannah, J and Hiller M. J., Applied Mechanics , London : Longman.

Wan Abu Bakar Wan Abas (1989), Mekanik Kejuruteraan: Mekanik , Kuala Lumpur : DBP.

 

 

SSP 1123 Termodinamik

Sistem dan proses termodinamik, keseimbangan termodinamik, tenaga dan kerja. Hukum termodinamik pertama, proses alir dan tidak alir, sifat cecair dan wap, gas unggul. Hukum termodinamik kedua, kitar, penyejukan dan pam haba, Entropi, sistem terasing, ketidaktentuan, persamaan termodinamik, ethalpi, persamaan Maxwell, TDS, tenaga dalam, muatan haba, pertukaran fasa, perpindahan haba.

 

Rujukan:

Kok Aik Khoon (1988), Termodinamik Permulaan, Kuala Lumpur : DBP.

Wylen G. V., Sonntay R., Borgnakkf C. (1994), Fundamental of Classical Thermodynamics, 4 th Ed . New York : John Wiley & Sons .

Zemansky M. W. (1968) , Head and Thermodynamics, 5 th Ed , New York : McGraw-Hill.

 

 

SSP 1223 Fizik Moden

Pengenalan. Teori kerelatifan; transformasi Galilieo, Lorentz, kaitan perubahan jisim dengan halaju, dinamik kerelatifan. Sinaran jasad hitam; Hukum Stefan, teori Rayleigh-Jean, teori Kuantum Planck. Sifat zarah pada sinaran; kesan fotoelektrik, kesan Compton , sifat gelombang pada zarah; hipotesis de Broglie, zarah dan prinsip ketakpastian Heisenberg. Mekanik kuantum, Postulat mekanik kuantum dan persamaan Schrodinger, zarah dalam perigi keupayaan tak terhingga, keupayaan terhingga dan pengayun harmonik. Penemuan awal teori atom; teori atom Dalton , Thomson dan Rutherford . Teori atom Bohr dan Sommerfeld. Momen magnet nukleus, spin dan kesan kerelatifan. Atom multi-elektron dan sinar X.

Rujukan:

Blatt F. J. (1992), Modern Physics , New York : McGraw-Hill.

Taylor J.R. dan Zafiratos D. (1980), Modern Physics, Boston : Allyn Bacon.

Weidner R.T. and Sells R. L. (1980), Elementary Modern Physics , Boston : Allyn Bacon.

 

 

SSP 1323 Elektronik

Analisis litar arus terus, aturan Kirchoff, teorem Thevenin dan Norton, Isyarat ulang-alik, perintang (R), kapasitor (C) induktor(L), ciri fana RC dan RL, analisis litar ulang-alik RCL, litar siri dan selari, arus jaring, teorem Thevenin dan Norton, Kuasa resonans, semikonduktor, diod, diod zener, litar diod dan diod zener, rektifier, penapis, pengatur voltan, transistor dwikutub, pincangan transistor, transistor sebagai suis, amplifier pengeluar sepunya, tapak sepunya dan pengumpul sepunya, transistor kesan medan (FET), pincangan FET, amplifier FET.

 

Rujukan:

Bogart T.F., Electric Circuits , New York : McGraw Hill.

Edminister J.A., Electric Circuits , New York : McGraw Hill.

Malvino A.P., Electronic Principles , New York : McGraw Hill.

Brophy J., Basic Electronics for Scientist , New York : McGraw Hill.

Lurch E.N., Fundamentals of Electronics , New York : Wiley.

 

 

SSP 1513 Fizik Optik

Gerakan gelombang, persamaan gelombang harmonik, persamaan pembeza gelombang, halaju fasa, halaju kumpulan, gelombang dalam tali, gelombang pada sempadan tetap dan bebas, superposisi gelombang pegun, rentak. Gelombang bunyi dalam pepejal, cecair dan gas, tenaga, kuasa dan keamatan, siri harmonik dan nada lampau dalam turus udara, kesan Doppler bagi gelombang bunyi, gelombang kejutan, gelombang elektromagnet, spektrum elektromagnet, vektor Poyting, sebaran, tenaga dan momentum. Rambatan cahaya, Prinsip Huygen, Hukum Snell, Ujikaji Young, inteferens dua alur, interferometer Michelson dan Mac-Zehnder, interferens filem tipis dan baji udara interferens banyak alur, interferometer Fabry-Perot, pembelauan Fraunhoffer dan Fresnel, parut pembelauan, sifat cahaya terkutub, pengutuban linear, pengutuban dengan cara penyerakan dan pantulan. Pengenalan optik Fourier, Jelmaan Fourier, pengenalan Laser.

 

Rujukan:

Md. Rahim Sahar (1994), Fizik Gelombang , Kuala Lumpur : DBP.

Md. Rahim Sahar (1996), Gelombang Bunyi dan Optik , Kuala Lumpur : DBP/Penerbit UTM.

Eugene Hecht (1986), Optics, 2 nd Edition , New York : Addision Wesley.

Lipson, Lipson S.G., Tannhauser D.S. (1995), Optical Physics, Cambridge .


SSP 2123 Keelektromagnetan

Elektrostatik, Kaedah khusus bagi pengiraan keupayaan Kaedah pemisah pembolehan, pengembangan multikutub, Medan Elektrostatik, Kemagnetan, Elektromagnet, Gelombang elektromagnet di dalam medium bukan pengkonduksi dan pengkonduksi, Sinaran elektromagnet.

 

Rujukan:

Wangsness, R.K. (1979), Electromagnetic Field , New York : Wiley & Sons.

 

 

SSP 2143 Mekanik Kuantum

Fenomena kuantum, sinaran jasad hitam dan kesan fotoelektrik. Kedualan gelombang-zarah, bingkisan gelombang, persamaan Schrodinger, nilai jangkaan dari boleh cerap fizik. Penyelesaian satu dimensi persamaan Schrodinger tak bersandar masa untuk keupayaan perigi segi empat tak terhingga dan terhingga, sawar keupayaan dan pengayun harmonik. Operator momentum sudut dan atom hydrogen. Spin dan kesan Zeeman. Teori usikan dan kesan Stark.

 

Rujukan:

Cassels J.M., Asas Matematik Kuantum, Edisi 2, terjemahan Wan Muhamad Saridan (1989), Skudai: Penerbit UTM.

Liboff R.L. (1980), Introductory Quantum Mechanics, Oakland Holden Day Inc.

Baharudin Yatim (1981), Pengenalan Teori Kuantum, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gasiorowicz S. (1974), Quantum Mechanics, New York : John Wiley & Sons.

Mathews P.T. (1974), Introduction to Quantum Mechanics, 3 rd Ed., New Delhi : Tata McGraw-Hill Pub. Co.

 

 

SSP 2213 Fizik Nukleus

Kandungan dan kestabilan nukleus. Sinaran mengion: sinar-X, zarah alfa, zarah beta dan sinar gamma. Proses tangkapan elektron, pertukaran dalam, elektron Auger dan proses musnahabisan. Saling tindak zarah alfa, zarah beta, sinar gama dan neutron dengan jirim. Unsur radioaktif, siri radioaktif, hukum reputan radioaktif, siri reputan radioaktif dan keseimbangan radioaktif. Tindak balas nukleus. Model titisan cecair, formula jisim semi-

empirik dan penggunaannya. Model petala: sifat-sifat nukleus bernombor ajaib, keupayaan cubaan. Model optik: nukleus majmuk dan keupayaan optik bagi serakan neutron.

 


Rujukan:

Husin Wagiran (1992), Fizik Nukleus , Kuala Lumpur : DBP.

Husin Wagiran (1997), Asas Sinaran dan Reaktor Nuklear , Skudai: Penerbit UTM

R.D. Evans (1955), The Atomic Nucleus , New York : McGraw Hill

Semat H. & Albright J.R. (1972), Introduction to Atomic and Nuclear Physics , London : Chapman and Hall

Zainal Abidin Sulaiman (1989), Pendahuluan Fizik Atom dan Nukleus , Kuala Kumpur: DBP.

 

 

SSP 2323 Elektronik Lanjutan

Pengenalan analisis isyarat kecil menggunakan litar setara parameter h. Amplifier berbilang peringkat, amplifier kuasa, jenis sambungan amplifier kuasa. Amplifier pembeza, menerbitkan parameter amplifier pembeza, contoh pengiraan amplifier pembeza. Asas OPAM, Amplifier songsang dan tidak songsang, pengikut voltan, Amplifier penambahan songsang dan tidak songsang. Amplifier gandingan AC dan amplifier arus. Penggunaan OPAM untuk membina litar-litar pembanding voltan, pengayun dan penapis aktif. Prinsip elektronik berdigit, sistem sistem nombor binari, pintu logik. Pernyataan Boolean litar minterm dan maxterm. Peta Karnaugh, multiplekser, dimultiplekser dan dikoder. Paras logik dan jidar hingar. Flip-flop, pembilang, pembahagi frekuensi, daftar anjakan muatan siri dan selari. Penambahan, penolakan dan pendaraban binari.

 

Rujukan:

Jacob Millman and Christos C. Halkias (1987), Integrated Electronics , New York : McGraw Hill.

Smith R.J. (1973), Circuits Devices and System , New York : Wiley International Edition.

Terrell D.L. (1992), OPAMPS Design, Application, and Troubleshooting , New York : Prentice Hall.

Tokheim R. L. (1979), Digital Electronics , New York : Mc Graw Hill.

 

 

SSP 2343 Instrumentasi dan Pengukuran

Pengenalan unsur-unsur dalam sistem pengukuran, pengelasan dan ciri-ciri statik dan dinamik instrumen, penderia dan transduser, litar jejambat, pengukuran sesaran, halaju dan cepatan bagi gerakan translasi dan putaran, pengukuran daya dan daya kilas, pengukuran tekanan sederhana, rendah dan tinggi, pengukuran suhu, pengukuran kuantiti elektrik, pengukuran beberapa kuantiti kimia, pemprosesan isyarat dan ralat sistem pengukuran.

 

Rujukan:

Morris A. S. (1992), Principles of Measurement and Instrumentation , 2 nd Ed., New York : Prentice Hall.

Ruzairi Abdul Rahim (1999), Pengukuran dan Transduser , Skudai: Penerbit UTM.

Bentley J. P. (1996), Principles of Measurement Systems , 3 rd . Ed. London : Longman.

 

 

SSP 2413 Fizik Keadaan Pepejal

Struktur Hablur: Hablur, kekisi dan dan basis, sel unit; sel unit lazim, primitif, Wigner-Seitz, operasi simetri, pengkelasan hablur, sistem 2-D, 3-D; kedudukan dalam sel, contoh struktur hablur, orientasi, arah dan satah dalam hablur. Penentuan Struktur Hablur: Pengenalan, sumber belauan, hukum Bragg; kekisi salingan, pembinaan Ewald; zon Brillouin. Teknik belauan: Teknik Laue, putaran hablur, serbuk, difraktometer, belauan dalam keadaan tak ideal: Kesan saiz. Getaran Kekisi: Pendahuluan, getaran kekisi monoatom 1-D, halaju kumpulan, daya antara jiran bukan terdekat, getaran kekisi dwiatom 1-D. Getaran kekisi dalam hablur sebenar: Mod melintang, bilangan cabang, sistem hablur d. Getaran kekisi dalam hablur sebenar: Mod melintang, bilangan cabang, sistem hablur mudah. Fonon, momentum fonon, statistik fonon, serakan fonon. Penjanaan fonon: Kaedah pizoelektrik, pengujaan terma, cantuman terowong kesuperkonduksian. Sifat Terma: Haba tentu pada isipadu tetap dan tekanan tetap, model gas unggul, model pengayun harmonik, model Einstein, model Debye. Kekonduksian terma: Persamaan pengangkutan fonon Boltzmann, ungkapan kekonduksian terma fonon, serakan sebagai kesan tak harmonik, serakan oleh fonon, mekanisme serakan berganda. Elektron dalam logam: Teori elektron bebas. Model Drude: Ketumpatan gas elektron, kekonduksian elektrik, kekonduksian terma, muatan haba

tentu, hukum Wiedemann-Franz. Taburan Fermi-Dirac, model Sommerfeld: Permukaan Fermi, tenaga Fermi, halaju Fermi, muatan haba tentu, kekonduksian elektrik, kekonduksian terma menurut model kuantum. Teori Jalur: Pengenalan, model Kronig-Penney, permukaan Fermi, jalur larangan, jisim berkesan, bilangan berkesan elektron bebas, bilangan keadaan.

 

Rujukan:

Abd. Rani Abd. Hamid (1996), Fizik Keadaan Pepejal: Hablur dan Fonon , Skudai: Universiti Teknologi Malaysia .

Ashcroff N. W. & Mermin N.D. (1976), Solid State Physics , Philadelphia : Holt Saunders.

Burns G (1985), Solid State Physics , Orlando: Academic Press.

Kittel C (1968), Introduction to Solid State Physics, 6 th Edition, New York : John Wiley & Sons.

 

 

SSP 3233 Perlindungan Sinaran

Sumber sinaran, konsep risiko, perbandingan kemudaratan, penerbitan had dos, prinsip perlindungan sinaran, justifikasi, pengoptimuman, had dos maksimum yang dibenarkan, kawalan sinaran luar, penghadan jarak, masa, perisaian, kawalan sinaran dalam, sumber tak terkedap, fizik aerosol pembendungan primer dan sekunder, makmal radioaktif, pemantauan, aspek perlindungan radiologi radas penyinaran, undang-undang dan peraturan, organisasi dan pengurusan sinaran, prosedur kecemasan. Perlindungan radiologi alam sekitar, TENORM, pengangkutan dan pelupusan bahan radioaktif.

 


Rujukan:

Ahmad Termizi Ramli (1988), Keradioaktifan dan Sinaran Bahaya, Keselamatan dan Perlindungan Pekerja, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 , Akta 304, Kerajaan Malaysia : Kuala Lumpur .

Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 2000, Kerajaan Malaysia .

Ahmad Termizi Ramli (1988), Penggunaan Sinaran, Keradioaktifan dan Tenaga Nuklear , KL:Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

 

SSP 3413 Fizik Semikonduktor

Pengenalan. Penyediaan dan pertumbuhan bahan semikonduktor. Ikatan dan Teori Jalur: Semikonduktor intrinsik dan ekstrinsik. Sifat dan pengukuran sifat semikonduktor Serakan dalam semikonduktor. Keseimbangan dan ketakseimbangan dalam semikonduktor. Simpangan p-n. Pengenalan, peranti logam semikonduktor, diod simpangan p-n, transistor simpangan bipolar, peranti kesan medan (FET): JFET, MESFET dan MOSFET, Peranti Optoelektronik: Photodiodes, photoconductive cells, phototransistors, solar cells.

 

Rujukan:

Mustaffa Haji Abdullah, Sifat dan Kegunaan Semikonduktor, Kuala Lumpur : DBP.

Bar-Lev A. (1992), Semiconductors and Electronic Devices . New York : Prentice-Hall International Inc.

Sze S. M. (1985), Semiconductor Devices,Physics and Technology, New York : John Wiley & Sons.

Neamen D. A. (1994), Semiconductor Physics and Devices - Basic Principles, Boston : Irwin & Co.

 


SINOPSIS MATA PELAJARAN KIMIA

 

SSC 1222 Kimia Alam Sekitar

Ekologi; Kitaran biogeokimia; sifat fizik dan biologi jasad air; parameter kualiti air, pengawasan kualiti air, rawatan air untuk kegunaan domestik dan industri; rawatan air kumbuhan dan air buangan industri; Sifat atmosfera; Kesan topografi dan meterologi terhadap pencemaran udara; ciri dan pengawalan bahan pencemar udara yang utama (zarahan terampai Sox, Nox, Cox, kabut fotokimia); pengurusan sisa pepejal; sisa toksik dan berbahaya; akta kualiti alam sekitar, impak alam sekitar (EIA)

 

Rujukan:

Manahann S.E. (1991), Enviromental Chemistry , 5 th Ed., Michingan: Lewis Publishers Inc.

O'Neill P. (1993), Enviromental Chemistry , 2 nd Ed., New York : Chapman & Hall.

Sauyer C.N., McCarty P.L. and Parkin G.F. (1994), Chemistry for Enviromental Engineering , 4 th Ed., New York : McGraw-Hill.

Biswas A.K. and Agarwala (1992), Enviromental Impact Assessment for Developing Countrie s, Butterworths & Heinemann.

 

 

SSC 1403 Kimia Fizik I

Sifat Jirim: Gas unggul, gas sahih, teori kinetik gas, campuran gas; Termokimia dan termodinamik: Haba, kerja, entalpi, tenaga dalaman, tenaga bebas Gibbs, tenaga bebas Helmholtz¸muatan haba, hukum termodinamik pertama, kedua dan ketiga; hukum termodinamik sifar; Keseimbangan kimia dan keupayaan kimia . Keseimbangan fasa : gambarajah fasa - pepejal, cecair dan gas; azeotrop, eutektik, ketegangan permukaan. Larutan: komposisi, isipadu molar, larutan unggul, larutan cair unggul dan larutan tak unggul.

 

Rujukan:

Atkins P.W. (1998), Physical Chemistry , 6 th . Ed., International Student Edition, Oxford , UK : Oxford , University Press.

Mortimer R.G. (1993), Physical Chemistry , California : The Benjamin/Cummings Publishing Co., Inc.

Laidler K.J., Meiser J.H. (1995), Kimia Fizik I , (terjemahan oleh Satapah Ahmad & Mohd. Jain Noordin, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rock P.A. (2000), Termodinamik Kimia (terjemahan oleh Halimaton Hamdan dan Zaiton Ab. Majid), Skudai: Penerbit UTM.

 

 

SSC 1413 KIMIA FIZIK II

Kimia Kinetik; Hukum kadar, tertib tindak balas, jenis-jenis tindak balas dan mekanisme tindak balas, tindak balas rantaian; Struktur elektronik dan teori kunatum; Atom Bohr, orbital atompersamaan Strodinger, asas teori kuantum, asas spektroskopi, hukum pemilihan, struktur molekul, orbital atom, teori ikatan; Struktur fasa pepejal; Kekisi hablur, indeks Miller, kristalografi sinar-X, penentuan struktur.

 

Rujukan:

Levine I.N. (1988), Physical Chemistry 3 rd . Ed., New York , McGraw-Hill International Ed.

Atkins P.W. (1982), Physical Chemistry , 2 nd . Ed., Oxford Student Editions.

Barrow G.M. (1988), Physical Chemistry , 5th Ed., New York : McGraw-Hill International Editions.

Atkins P.W. and Clugston M.J. (1982), Principles of Physical Chemistry , U.K. , Pitman Publishing Ltd.

Fried V., Hameka H.F., Blukis U. (1977), Physical Chemistry , London, MacMillan Publishing Co. Inc.

Laidler K. J. (1990), Kinetik Kimia , (terjemahan oleh Salihan Siais dan Anuar Kassim), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

 

SSC 1603 Kimia Organik I

Sebatian hidrokarbon alkana, alkena dan alkuna; Penamaan, sifat fizik, sintesis, tindak balas kimia, ujian visual. Benena dan sebatian aromatik; Struktur, kestabilan, aruran Huckel, penamaan, tindak balas elektrofilik, mekanisme, orentasi dan kereaktifanbenzena dwitertukar ganti. Alkohol dan fenol; Penamaan, sifat fizik, keasidan alkohol dan fenaol, sintesis, tindak balas serta kegunaan dan ujian visual. Eter dan epoksida; Penamaan , sintesis, tindak balas serta kegunaan. Alkil halida; Pengkelasan, penamaan, sifat fizik, sintesis, tindak balas penukargantian nukleofilik (S N ) dan penyingkiran (E) serta pembentukan sebatian organologam, kegunaan dan ujian visual. Aldehid dan keton; Struktur, penamaan, sifat fizik, sintesis, tindak balas penambahan nukleofilik, anion enolat dan kondensasi aldo, kegunaan dan ujian visual. Asid karboksilik seperti asid klorida, ester, amida dan anhidrida; Penamaan, struktur dan tindak balas penukargantian nukleofilik serta mekanismenya dan kegunaan masing-masing.

 

Rujukan:

Wade L.G. Jr. (1999), Organic Chemistry , 4 th Ed., New Jersey , Prentice Hall International Inc.

Marrison R.T. and Boyd R.N. (1992), Organic Chemistry , 6 th Ed., New Jersey , Prentice Hall International Inc.

Hasnah Mohd Sirat, Farediah Ahmad, Zakaria Bahari dan Muhammad Sum Idris (2000), Kimia Organik - Kumpulan Berfungsi , Skudai: Penerbit UTM.

Solomons T.W.G. (1992), Organic Chemistry , 5 th Ed., New York : John Wiley & Sons.

 

 

SSC 1703 Kimia Tak Organik I

Struktur Atom: Kaitan konfigurasi elektron dengan penembusan dan pemerisaian elektron, kaitan dengan sifat fizikal dan kimia. Struktur Molekul dan Ikatan: Struktur Lewis, Teori Ikatan Valens, Penghibridan melibatkan orbital ‘d' dan bentuk molekul. Asid-Bes : Asas tindak balas asid/bes Lewis, kaitan kalaan dalam kekuatan asid, kekuatan asid okso. Jadual Berkala Secara Am: Penerangan ringkas pembahagian logam dan bukan logam mengikut pelbagai tafsiran. Unsur Hidrogen : Air, pengswaionan air, Jenis-jenis hidrida dan tindak balasnya. Unsur Blok ‘s' : Kitan tindak balas redoks dengan rangkaian tenaga (tenaga pengionan, kitaran Born-Haber dan keterlarutan), penekanan kepada unsur Li, Na, Mg dan Ca, Kewujudan semula jadi, Penyediaan, Sifat sebatian hidroksida, karbonat dan nitrat. Hubungan pepenjuru antara Li dan Mg, Peranan ion Mg dan Ca dalam air liat. Unsur Blok ‘p': penekanan kepada unsur dan tindak balas beberapa sebatian B, Al, C, Si, Pb, N, P, O , S halogen serta unsur gas adi, (Sebatian dikaji termasuk oksida, hidrida dan asid okso).

 

Rujukan:

Mohd Nordin Garif, Razak Ali, Rusmidah Ali dan Mustaffa Shamsuddin dan Zainab Ramli (1997), Modul Unsur Kumpulan Utama, Skudai , Jabatan Kimia UTM.

Atkins P.W. & Beran J.A. (1992), General Chemistry , 2 nd . Ed., New York , Scientific American Books, Part IV, m.s. 697-857.

Shriver D.F., Atkins P.W. & Langford C.H. (1990), Inorganic Chemistry' , London : Oxford Univ. Press, Part 3 & 4, m.s. 266-538.

Cotton F.A. & Wilkinson G., Basic Inorganic Chemistry , New York , John Wiley & Sons.

Jolly W.L. (1992), Kimia Tak Organik Moden , (terjemahan), Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

SSC 1801 Amali Kimia IA

Amali menumpukan untuk melihat beberapa ciri asas sebatian kimia tak organik berasaskan Kumpulan unsur. Ciri Fizik; warna, keterlarutan dalam air dan pelarut organik, kekonduksian dan kesan pembakaran/pemanasan. Ciri Kimia; Tindak balas dengan bes, asid, gas halogen, nitrat, sulfat, karbanat .

 

Rujukan:

Mohd Nordin Garif, Razak Ali, Rusmidah Ali dan Mustaffa Shamsuddin dan Zainab Ramli (1997), Unsur Kumpulan Utama, Skudai, Jabatan Kimia UTM.

Atkins P.W. & Beran J.A. (1992), General Chemistry , 2nd. Ed., Part IV , New York : Scientific American Books,

Shriver D.F., Atkins P.W. & Langford C.H. (1990), Inorganic Chemistry, Part 3 & 4.Oxford Univ. Press

Jolly W.L. (1992), Kimia Tak Organik Moden , (terjemahan), Kuala Lumpur : DBP.

 

SSC 1811 Amali Kimia IB

 

Kelikatan Gas, Cecair dan Larutan; Pengukuran Dan Perbincangan Bagi Kuantiti Termodinamik, dan K ; Keseimbangan kimia dalam Larutan; Penyulingan Stim; Kebolehterlarut Campur Selengkapnya Bagi Fenol dan Air; Pembentukan Suatu Eutektik Mudah;Taburan bagi bahan antara dua pelarut tak terlarut campur; Haba Pengionan Bagi Air; Menentukan haba tindak balas; Menentukan nisbah muatan haba ( ) bagi Helium dan Karbon dioksida; Ramalan secara Termodinamik dan Pengukuran Keterlarutan Naftalena; Penentuan Entalpi Pengewapan .

 


Rujukan:

Atkins P.W. (1998), Physical Chemistry , 6 th . Ed., International Student Edition, Oxford : Oxford University Press.

Mortimer R. G. (1993), Physical Chemistry , California : The Benjamin/Cummings Publishing Co., Inc.

Laidler K.J., Meiser J.H. (1995) (terjemahan Satapah Ahmad & Mohd. Jain Noordin) Kimia Fizik I , Kuala Lumpur : DBP.

Rock P.A. (2000) Termodinamik Kimia , (terjemahan Halimaton Hamdan dan Zaiton Ab. Majid) Skudai: Penerbit UTM.

 

 

SSC 1821 Amali Kimia IC

 

Memperkenalkan pelajar dengan beberapa kaedah yang terlibat dalam eksperimen kimia organik seperti kaedah penghabluran, penghabluran semula, ekstrasi dan pemisahan cecair . Sintesis beberapa sebatian organik mudah berdasarkan kumpulan berfungsi; alkohol, aldehida, keton asid karboksilik dan ester.

 

Rujukan:

Wade L.G. Jr. (1999), Organic Chemistry , 4 th Ed., New Jersey : Prentice Hall International Inc..

Marrison R.T. and Boyd R.N. (1992), Organic Chemistry , 6 th Ed., New Jersey : Prentice Hall International Inc.

Hasnah Mohd Sirat, Farediah Ahmad, Zakaria Bahari dan Muhammad Sum Idris (2000), Kimia Organik - Kumpulan Berfungsi , Skudai: Penerbit UTM.

Solomons T.W.G. (1992), Organic Chemistry , 5 th Ed., New York : John Wiley & Sons.

 

 

SSC 2203 Kimia Analisis I

 

Pengenalan kepada Kimia analisis, Analisis dan Pengolahan Data, penggunaan Statistik, Analisis Gravimetri, Analisis Volumetri dan kromatografi.

 

Rujukan:

Skoog, West and Holler (1996), Fundermentals of Analytical Chemistry , 7 th Ed.

Fritz and Schenk (1987), Quantitative Analytical Analysis , 5 th Ed.

Christian and O'Reilly (1986), Instrumental Analysis , 2 nd Ed.

Day and Underwood (1988), Quantitative Analysis , 6 th Ed.

 

 

SSC 2213 Kimia Analisis II

Pengenalan kepada kaedah spektroskopi. Spektroskopi nampak-ultralembayung, Spektroskopi inframerah, Spektroskopi resonans magnet nukleus, Spektroskopi serapan dan pancaram atom, Spektroskopi pendarfluor dan pendarfosforor, Spektroskopi jisim. Pengenalan kepada kaedah elektrokimia, polarografi dan voltametri.

Rujukan:

Christian G.D. and O'Reilly, J.E. (1986), Instrumental Analysis , 2 nd Ed., Boston : Allyn and Bacon.

Skoog D.A. and Leary J.J. (1992), Principles of Instrumental Analysis , 4 th Ed., Forth Worth: Saunders College Publication.

Ewing G.W. (1985), Instrumental Methods Analysis , 5 th Ed , New York : McGraw-Hill.

Robinson J.W. (1987), Undergraduate Instrumental Analysis , 4 th Ed., New York : Marcel and Dekker.

Willard H.H., Merritt L.L., Dean J. A. and Settle F.A. (1988), Instrumental Method of Analysis , 7 th Ed., Belmont : Wardsworth.

Fifield F.W. and Kealey D.,(1986), Principles and Practice of Analytical Chemistry , 2 nd Ed., Boston : Allyn and Bacon.

Braun, R.D. (1987), Introduction to Instrumental Analysis , New York : Mc-Graw-Hill.

 

 

SSC 2303 Biokimia

Memperkenalkan karbohidrat, lipid dan asid amino. Aspeks matabolisme karbohidrat-glikolisis, kitar TCA, rantai pernafasan, glukoneogenesis dan kitar heksosa nonofosfat. Metabolisme lipid-pengoksidaan beta asid lemak, biosintesis asid lemak perlu. Metabolisme assid amino-katabolisme asid amino. Kitar urea.

 

Rujukan:

Abu Bakar Baba (1999), Pengenalan Bioteknologi , Skudai, Jab. Kimia, Fakulti Sains, UTM.

Walker J.M. and Gingold E.B. (Eds.) (1985), Molecular Biology and Biotechnologies , London : RSC.

Quellete R.P. and Cheremisinoff P.N. (1995), Applications of Biotechnology , Technomic Publ. Co.

Brown C.M., Campbell I. and Priest F.G. (1987), Introduction to Biotechnology , Oxford : Blackwell Scientific Publ.

 

 

SSC 2422 Spektroskopi

Pengenalan terhadap prinsip umum dan istilah asas spektroskopi. Aras tenaga getaran, putaran dan elektronik molekul. Aturan pilihan. Spektroskopi getaran: Peralihan getaran-putaran molekul dwiatom; molekul poliatom, frekuensi kumpulan dan ciri spektrum. Spektroskopi elektronik; peralihan dalam molekul dwiatom, struktur kasar getaran, prinsip

Frank-Condon dan janjang ‘v'. Spektrum molekul poliatom. Spektroskopi resonans magnet nukleus: Spin nukleus dalam medan magnet, keamatan garis spektrum, anjakan kimia dan gandingan spin-spin sistem 1 H; pengenalan RMN sistem 13 C dan nukleus lain; pengenalan RMN 2-D dan p[enggunaan RMN dalam analisis struktur molekul. Teknik dan keistemewaan kaedah Tranformasi Fourier dalam spektroskopi inframerah dan RMN.

 

 

Rujukan:

Vincent A.(1987), , Simetri Molekul dan Teori Kumpulan , (terjemahan) Pulau Pinang: USM.

Banwell C.N. , (1986), Asas Spektroskopi Molekul , (terjemahan) KL: DBP.

Chang R. (1971) Basic Principles of Spectroscopy , Kogakusha: McGraw-Hill

 

 

SSC 2613 Kimia Organik II

Spektroskopi Inframerah: Pengenalan dan pengenalpastian kumpulan berfungsi dengan inframerah. Amina : Struktur, pengelasan, penamaan, sifat kebesan, penyediaan, tindak balas dan ujian visual. Garam diazonium: penyediaan, sifat kimia dan kegunaan dalam sintesis. Stereokimia: Aspek stereokimia dalam sebatian hidrokarbon, keisomeran geometri dan optik, keaktifan optik dan pengukurannya, sebatian meso, campuran rasem, resolusi dan penentuan konfigurasi. Karbohaidrat: Pengelasan, monosakarida melitupi sifat fizik, mutaputaran, bentuk siklik, tindak balas dan disakarida. Asid amino: Pengelasan, stereokimia, sifat ionik, sintesis, pemisahan dan tindak balas. Peptida: Pengelasan, penentuan struktur dan sintesis. Protein: Pengelasan, sifat dan bentuk tiga dimensi, protein primer, sekunder, tertier dan kuanterner. Lipid: Pengelasan, trigliserida, lemak dan minyak, tindak balas, fosfolipid, sabun, terpena dan terpenoid, steroid dan vitamin. .

 

Rujukan:

Hasnah, M.S. Farediah, A, Zakaria, B, Muhammad Sum (1988), I, Kimia Organik Kumpulan Berfungsi , Skudai, Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UTM.

Zimmerman H. and Zimmermant I. (1983), Elements of Organic Chemistry , 2 nd Ed., MacMillan.

Wade, L.G. Jr (1991), Organic Chemistry , 2 nd Ed, Prentice Hall.

R. T. MArrison and R. N. Boyd (1992), Organic Chemistry , 6 th Ed, Prentice Hall.

 

SSC 2623 Kimia Polimer

Pengenalan kimia polimer, pengkelasa polimer, struktur polimer, penamaan polimer, jisim molekul polimer, suhu peralihan terma (Tg dan Tm), sintesis polimer secara pempolimeran tambahan, kondensasi dan pembentukan gelang, proses pengkopolimeran, kinetik pempolimeran, teknik pempolimeran dan sifat fizik polimer.

 

Rujukan:

Allock H. R. and Lampe F.W. (1990); Contemporary Polymer Chemistry , New York : Prentice Hall..

Mat bin Zakaria (1988); Prinsip Kimia Polimer , Kuala Lumpur :Dewan Bahasa & Pustaka.

Fried J. R. (1995), Polymer Science and Technology , New York : Prentice Hall.

 

 


SSC 2713 Kimia Tak Organik II

Kimia unsur peralihan : Kewujudan, kaedah ekstraksi, penulenan,, sifat fizik dan kimia, nombor pengoksidaan yang berbagai-bagai dan penglibatannya dalam tindak balas kimia . Pengenalan kepada sebatian koordinatan; sejarah kimia koordinatan dan teori koordinatan Werner. Ligan ; pengelasan ligan dan logam, ligan polidentat dan pembentukan molekul kelat. Tatanama sebatian koordinatan atau kompleks logam mengikut aturan IUPAC. Nombor koordinatan dan stereokimia kompleks (penekanan diberi kepada nombor koordinatan 2 hingga 6). Keisomeran sebatian kompleks; kestereoisomeran geometri dan optik. Pengikatan sebatian kompleks ; Teori Ikatan Valensi (kejayaan dan kelemahannya), Teori Medan Hablur: (pemecahan medan hablur di dalam medan oktahedral, tetrahedral dan empat segi sama bersatah), Magnitud pemecahan medan hablur (?), Faktor yang mempengaruhi ? dan siri spektrokimia. Ciri magnet kompleks; Pengisian elektron dalam orbital d logam pusat untuk kompleks spin tinggi dan spin rendah. Spektrum elektronik kompleks; jenis peralihan elektron dan sifat warna kompleks. Teori Orbital Molekul yang membincangkan pembinaan orbital molekul untuk kompleks yang mengandungi ikatan sigma (Pembentukan ikatan pi logam-ligan, spektra perpindahan cas dan pengikatan balik. Tindak balas sebatian kompleks; Tindak balas ke atas kompleks oktahedron dan empat segi sama satah. Mekanisme S N1 dan S N2 . Tindak balas redoks. Pencirian sebatian koordinatan. Penggunaan sebatian koordinatan.

 

Rujukan:

Razak Ali dan rakan-rakan (1999), Modul Kimia Koordinatan, Panel Kimia Tak Organik dan Organologam, Skudai, Jabatan Kimia, UTM.

Bell F. (1994), Pengkelatan Logam: Prinsip dan Penggunaan, (terjemahkan oleh Mohd Nordin Garif), Skudai: Penerbit UTM.

Ibrahim Baba & Abdul Hamid Othman (1991), Kimia Koordinatan , Kuala Lumpur : DBP.

Jolly W.L. (1992), Kimia Tak Organik Moden (terjemahan), Kuala Lumpur : DBP.

Kettle S.F.A. (1992), Sebatian Koordinatan (terjemahan), Kuala Lumpur : DBP.

Earshaw & T.J. Harrington (1982), Kimia Unsur-unsur Peralihan , (terjemahkan oleh Chio Hwi Tek), Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia .

 

 

SSC 2831 Amali Kimia ID

Mempekenalkan kaedah analisis menggunakan kaedah klasik seperti gravimetri dan titrimetri. Kaedah analisis berinstrumen seperti kaedah spektroskopi ultralembayung-nampak, spektroskopi pembakaran, spektroskopi serapan atom, kromatografi lapisan tipis dan kromatogarfi gas.

 

Rujukan:

Skoog, West and Holler (1996), Fundermentals of Analytical Chemistry , 7 th Ed.

Fritz and Schenk (1987), Quantitative Analytical Analysis , 5 th Ed.

Christian and O'Reilly (1986), Instrumental Analysis , 2 nd Ed.

Day and Underwood (1988), Quantitative Analysis , 6 th Ed.

 

 


SSC 3433 Proses Kimia Industri

Pengenalan kepada Kimia Industri. Sumber bahan kimia. Proses makmal ke loji. Analisis dimensi. Pengenalan imbangan bahan. Imbangan jisim keadaan tetap. Imbangan jisim keadaan tidak tetap. Pemindahan haba,; konduksi, perolakan dan pancaran. Pengenalan rekabentuk penukar haba. Pemindahan jisim; Contoh proses penyulingan dan penyerapan gas. Reaktor, jenis dan pengenalan rekabentuk. Kawalan Proses; rajah aliran proses dan automasi.

 

Rujukan:

Heaton A. (1994), The Chemical Industry , 2 nd ed, London , Blackie Acad & Prof.

Heaton C.A. (1991), Introduction to Industrial Chemistry , 2 nd ed, London , Blackie Acad & Prof.

Felder R.M., Rousseau R.W.(1986), Elementary Principles of Chemical Processes , 2 nd ed, John-Wiley & Son , New York .

Shaheen E.I. (1975), Basic Practice of Chemical Engineering , Houghton Mifflin, Boston .

 

 

SSC 3722 Radiokimia

Struktur nukleus; keradioaktifan dan kestabilan nukleus; sifat sinaran; teknik pengesanan sinaran; alat pengesan sinaran; hukum pereputan radioaktif; pengendalian bahan radioaktif; perlindungan sinaran; tindak balas nukleus; penggunaan radioisotop dalam kimia analisis; analisis pencairan isotop; analisis pengaktifan neutron; pentarikhan radiokarbon; reaktor nuklear dan bahan bakarreaktor; pengurusan sisa radioaktif.

 

Rujukan:

Ehmann W.D., Vance D.E. (1981), Radiochemistry and Nuclear Methods of Analysis , New York , John-Wiley & Sons. Inc.

Choppin G.R., Rydberg J. (1980), Nuclear Chemistry; Theory and Applications, 1 st Ed , UK ,. Pergamon Press.

McKay H.A.C. (1971), Principles of Radiochemistry , London , Butterworths.

 


SINOPSIS MATA PELAJARAN BIOLOGI

 

SSG 1103 Genetik Am

Mata pelajaran ini adalah pengenalan kepada cabang genetik termasuklah perwarisan dan variasi. Topik akan meliputi hukum genetik mendel, penggunaan statistik, penentuan seks, sitogentik, genetik populasi serta perkaitannya dengan kehidupan.

 

Rujukan:

Snustad, D.P., Simmons, M. and Jenkins, J.B. (1997). Principles of Genetics. New York : John Wiley & Sons, Inc.

Itam Sulaiman (1991). Konsep Genetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Stickberger, M.W. (1985) Genetics . 3 rd ed. New York : MacMillan.

Zibay, G. (1987). Genetics, New York : The Benjamin/Cummings Publishing Co.

 

 

SSG 1113 Biologi Sel dan Molekul

Kursus ini meliputi ciri-ciri dan sifat kimia makromolekul dalam sistem biologi dan juga perbandingan dengan struktur sel eukariot dan prokariot. Penekanan ditumpukan kepada sifat-sifat DNA dan RNA meliputi bagaimana makromolekul ini diasingkan untuk proses replikasi, pengekspresen gen dan translasi. Kejuruteraan genetik juga diperkenalkan untuk kesinambungan kursus peringkat tinggi.

 

Rujukan:

Clark, D.P. and Russel L.D. (1997). Molecular Biology Made Simple and Fun Cache River Press.

Madigan, M., Martinko. J. and Parker, J. (1997). Biology of Microorganisms: New York : Prentice Hall.

 

 

SSG 1203 Biokimia Sel dan Metabolisma

Pengenalan kepada metabolisma, kitaran metabolisma tenaga, ATP dsb. Pengenalan kepada karbohidrat, lipid, asid amino dan beberapa aspek metabolisme yang meliputi proses anabolisme dan proses katabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino. Kitar TCA, pemfosforilan, glikolisis, laluan pentafosft dan glukoneogenesis. Biosintesis asid lemak, penguraian asid amino, kitar urea. Pengkelasan enzim dan penamaan serta tindak blas enzim termasuk kinetik, nilai Km, Vmax dsb akan disentuh.

 

Rujukan:

Cohn, E.E., Stumpf, P.K. Breuning dan Poi, R.H. (1988). Outlines of Biochemistry, New York : John Wiley and Sons.

Styer, L. (1981) Biochemistry, Freeman and Company.

Lehninger, A. (1981), Biochemistry, New York : Worth.

Rahim, Z.H.A. (1992). Karbohidrat: Kimia dan Metabolismenya, Kuala Lumpur : DBP.

Plummer, D.T. (1989). Biochemistry of Life, London : McGraw Hill.

 

 

SSG 1303 Mikrobiologi

Matapelajaran ini memperkenalkan konsep asas mikrobiologi. Pengkelasan mikroorganisma. Perbincangan beberapa kelas mikroorganisma terutamanya bakteria dari aspek anatomi, pertumbuhan, metabolisme dan genetiknya. Pengawalan fizik dan kimia mikroorganisma. Aspek kesihatan dan industri yang berkaitan dengan mikroorganisma.

 

Rujukan:

Alcamo , I.E. (1997). Fundamentals of Microbiology. 2 nd Ed. Saunders College Publication.

Madigan, M. et al. (1997). Biology of Microorganismas. New York : Prentice Hall.

Tortora, G.J.. Microbiology : An Introduction. 6 th Ed., New York : Benjamin Cummings Publication.

 

 

SSG 1801 Amali Biokimia Sel dan Metabolisme

Eksperimen yang telah disusun dalam amali biokimia ini adalah pendedahan awal pelajar di peringkat ijazah sarjana muda sains kepada teknik-teknik asas yang sering digunakan dalam kajian biomolekul seperti karbohidrat, lipid dan protein. Eksperimen meliputi penggunaan spektrofotometer dan alat pengempar yang lazim digunakan dalam penentuan kuantitatif dan pengasingan biomolekul. Selain itu, ujian kualitatif karbohidrat, lipid, protein dan teknik asas dalam pengasingan protein juga dimuatkan. Pelajar juga akan didedahkan kepada eksperimen bagi penentuan kinetik enzim.

 

Rujukan:

Wilson , K. dan Walker , J. (1994). Principles and Techniques of Practical Biochemesitry (4 th Ed.) Cambridge , Chiv. Press.

Conn. E. E. et al (1985). Asas Biokimia (Terjemahan Rosiyah A.l dan Norhayati M.M) Kuala Lumpur : DBP.

 

 

SSG 1811 Amali Microbilogi

Amali ini memperkenalkan konsep dan teknik asas dalam mirobiologi. Pelajar akan didedahkan kepada kaedah am yang lazim digunakan dalam makmal mikrobiologi. Penekanan diberikan kepada teknik aseptik dan pensterilan serta pengkulturan dan pencirian mikroorganisma.

 

Rujukan:

Alcamo , I.E. (1997). Fundamentals of Microbiology. 2 nd Ed.: Saunders College Publication.

Madigan, M. et al. (1997). Biology of Microorganismas. New York : Prentice Hall.

Tortora, G.J. (1998). Microbiology – An Introduction. 6 th Ed., New York : Benjamin Cummings Publication.

 

 

SSG 2163 Botani

Kursus ini adalah pengenalan umum kepada pengkelasan tumbuhan; kitaran hidup; habitat; morfologi dan anatomi tumbuhan secara umum dan khusus bahagian-bahagian penting yang terlibat dalam pembiakan; sistem pembiakan jantan dan betina, cara pemakanan, cara pembiakan, penyebaran, persenyawaan, percambahan dan hormon; struktur dan fungsi. Fungsi pemakanan dan mineral kepada tumbuhan. Pengenalan kepada sistem metabolik tumbuhan; fotosintesis dan respirasi sel. Sistem pengangkutan dalam tumbuhan, air, mineral terlarut dan makanan.

 

Rujukan:

Wallace et al. (1996). The Science of Life (4 th Ed.), New York : Harper Collins.

Salisbury F.B and Ross, c.w. (1992). Plant Fisiology, Kuala Lumpur : DBP.

 

 

SSG 2223 Teknologi Enzim

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan enzim dan aplikasi enzim sebagai pemangkin biologi. Kursus ini meliputi ciri-ciri enzim, penamaan kumpulan, pengkelasan dan struktur enzim. Kepentingan enzim berbanding dengan tindak balas kimia. Teknik-teknik pengekstrakan, penulenan dan pencirian enzim. Applikasi utama enzim yang penting dari segi komersial dan potensi, termasuk enzim-enzim yang terlibat dalam sintesis organik, antibiotik, steroid, biotransormasi. Enzim tersekat gerak dalam pelbagai bahan penyokong dan aplikasi dalam pelbagai bidang. Biosensor aplikasi dan dalam bidang industri dan perubatan. Penggunaan bioreaktor untuk penghasilan enzim.

 

Rujukan:

Adam M.W.W. dan Kelly R.M (1998). Finding and Using Hyperthermophilic Enzyme. Tibtech 16:329-332.

Buerk D.G. (1993). Biosensors: Theory Applications. Technomic Publishing Company Inc. USA

Eggins B.R. (1996). Biosensor : An Introduction. London : John Wiley .

Gerhartz, W. (1990). Enzymes in Industry : Production and Application. VCH Publication.

Fiecher, A. (1992). Enzymes. Products From Bacteria, Fungi And Plant Cells. Advances in Biochemical Engineering/Biotechnolgy 45.

 

 

SSG 2363 Zoologi

Evolusi dan perkembangan filogeni, klasifikasi dan sistem-sistem kingdom. Protozoa dan invertebrata peringkat rendah (aseolomat dan pseudosolomat) Seolomat (Kordata dan vertebrata peringkat tinggi). Kajian mengenai fungsi pelbagai jenis tisu serta sistem organ-organ vertebrata (sistem saraf, peredaran limfa, kulit, ginjal, pernafasan, deria, pembiakan dan lain-lain). Sedikit perbandingan fungsi organ tersebut daripada aspek penyesuaian terhadap kumpulan/lingkungan di atas.

 

Rujukan:

Vander A.J (1994). Human Physiology the Mechanisms of Body Function . New York : Mc

Graw-hill.

Gaaff, V. et. Al, (1995). The Concepts of Human Anatomy and Physiology (4 th edition).

New York : Wm. C. Brown.

Cambell, A.N (1996). Biology , New York : Benjamin and Cummings Publication.

 

 

SSG 3433 Aplikasi Bioteknologi

Kursus ini merangkumi aplikasi bioteknologi dalam bidang alam sekitar, industri perubatan, farmasi serta pemakanan. Di antara topik yang akan diliputi ialah ciri penting organisma yang digunakan dalam industri penghasilan asid amino, enzim dan antibiotik di peringkat industri. Aspek alam sekitar pula bioteknologi sangat penting terutama sekali dalam merawat sisa di mana kepekatan logam adalah kurang dari 100ppm. Pelajar juga akan diberi tugasan mengenai topik terkini bioteknologi dan tugasan ini akan dipersembahkan dalam bentuk laporan dan seminar.

 

Rujukan:

Madigan, M. et al (1994). Biology of Microorganismas . New York : Prentice Hall.

Primerose S.B. (1995). Modern Biotechnology . London : Blackwell Scientific Publication.

 

 

SSG 4153 Biologi Manusia

Kursus ini membincangkan tentang evolusi manusia dan anatomi. Ia merangkumi pengenalan tentang struktur dalaman dan luaran manusia termasuk ciri-ciri tulang. Sendi, saraf dan otot. Sistem peredaran darah, sistem pernafasan, sistem penghadaman, sistem pembiakan dan perkumuhan juga akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

 

Rujukan:

Chiras. D.D (1997), Human Biology (3 rd Ed.). Jones and Bartlett Publishers.

Starr, C and Mc Millan (1999). Human Biology (3 rd Ed.) Wadsworth Publisher.

 

 

SSG 4183 Biologi Gunaan

Kursus ini akan memberikan penekanan kepada aspek-aspek pemakanan, gerakbalas tumbuhan iaitu hormon, sistem saraf, sistem endokrin, kesan kekurangan dan kelebihan hormon, perbandingan sistem saraf dan endokrin, mikroorganisma berfaedah, bidang sains tanah. Bidang bioteknologi yang akan turut dibincangkan adalah aplikasi teknologi penapaian, teknologi enzim, kultura tisu tumbuhan dan teknologi kejuruteraan genetik dalam industri, pertanian dan alam sekitar.

 

 


Rujukan:

Ketchum P.A (1988). Microbiology: Concepts and Applications , Toronto : John Wiley

and Sons.

Prave P., Faust U. , Sittig, W. dan Sukatsch D.A. (1987). Basic Biotechnology ,

Weinheim: VCG Publishers.

Bhojwani S.S. (1990). Plant Tissue Culture: Applications and Limitations , Amsterdam :

Elsevier.

Fox. B.A. dan Cameron, A.G. (1995). Food Science, Nutrition and Health , 6 th Ed.

London : Division of Hodder Headline PLC.

 

 




:: Maklumat Asas | Objektif Program | Hasil Pembelajaran | Pengkelasan Mata Pelajaran |Struktur dan Ciri Program ::
:: Pemetaan Hasil Pembelajaran | Peluang Kerjaya dan Maklumat Lain | Sinopsis Mata Pelajaran | Laman Utama ::


Hak Cipta Terpelihara 2010 © Fakulti Pendidikan, UTM Skudai