Utama

 

Aktiviti penyelidikan telah dijalankan bagi menghasilkan instrumen pengujian kemahiran asas pergerakan yang menggambarkan keperluan dan keupayaan sebenar kanak-kanak Malaysia. Aktiviti penyelidikan telah membuahkan hasil apabila instrumen CEKAP berjaya direalisasikan. Instrumen CEKAP dinamakan dari singkatan maksud Cemerlang dalam Kemahiran Asas Pergerakan.

Penguasaan kemahiran asas pergerakan perlu dikuasai diperingkat kanak-kanak dan merupakan prasyarat kepada kefungsian optimum dalam melaksanakan aktiviti kehidupan seharian, penyertaan aktif aktiviti fizikal dan perlaksanaan gaya hidup sihat.

Prestasi kemahiran asas pergerakan kanak-kanak diukur menggunakan pelbagai instrumen standard. Namun, kebanyakkan instrumen standard mengandungi item, tugasan, norma rujukan dan kriteria yang cenderung menyokong prestasi keupayaan masyarakat pembangun instrumen. Aktiviti pengukuran yang menggunakan instrumen dan norma rujukan luar negara bagi mengukur prestasi kemahiran asas pergerakan kanak-kanak Malaysia cenderung memperoleh hasil yang bias dan kurang mengukur keupayaan sebenar. Oleh itu, Instrumen CEKAP dihasilkan bagi membolehkan prestasi kemahiran kanak-kanak Malaysia diukur dan dinilai berdasarkan keperluan dan keupayaan sebenar mereka menggunakan sumber rujukan norma yang tepat.

 


Kumpulan Penyelidikan Instrumen CEKAP
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai Johor
Email: cekapfp@gmail.com



 

 
©   2013 Universiti Teknologi Malaysia - All Right Reserved