ePusatSumber, Fakulti Pendidikan UTM


Fakulti Pendidikan, UTM

 
 


Pusat Sumber
Fakulti Pendidikan, UTM
C14-115

Ketua Makmal
En Abdul Razak b. Idris
p-razak@utm.my
samb : 34423 / 07-5534423

Staf bertugas
En Tuan Mohd Nasharuddin bin Tuan Lega
Samb : 34475

 

sebarang masalah berkaitan sistem, sila hubungi megataman@utm.my /
07-5534363

Login Admin

 
 

Maklumat umum No perolehan : 5738,   Modul Kendiri, Tahun : 2003,   1 , Status : Telah Dilupuskan  
Nama pengarang SALFARINA BINTI SANI 
Nama Penyelia Shaharom Bin Noordin, Pm. Dr. Hj.
Tajuk Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pembelajaran kendiri Daya Dan Gerakan Bagi Mata Pelajaran Fizik Kbsm tingkatan Empat 
Abstrak Bahasa Malaysia Kekurangan bahan pembelajaran yang bermutu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah menyebabkan penyelidik terpanggil untuk melakukan kajian terhadap pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) secara lebih mendalam. Pelbagai kelebihan yang telah ditonjolkan oleh MPK sebagai salah satu media pembelajaran yang berkesan menyebabkan pemilihan MPK sebagai bahan kajian adalah sangat tepat. Kajian yang dilakukan merangkumi pembinaan dan penilaian terhadap tiga buah MPK Daya dan Gerakan iaitu Daya Graviti, Keseimbangan Daya serta Kerja, Kuasa, Tenaga Keupayaan, Tenaga Kinetik dan Keabadian Tenaga bagi mata pelajaran Fizik pada peringkat tingkatan empat. Kajian ini juga telah menggunakan Model Teras- Cabang (Shaharom, 1994). MPK ini dinilai melalui dua peringkat penilaian iaitu kajian rintis dan penilaian formatif. Penilaian formatif pula dilakukan melalui dua fasa iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Kedua-dua fasa penilaian formatif yang telah dijalankan adalah merentas dua pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar dan jantina. Seramai empat orang guru Fizik telah terlibat dalam PFSS dan 10 orang guru Fizik yang lain telah terlibat dalam PFKK. Alat kajian yang digunakan ialah satu set borang Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) (Shaharom, 1994). Hasil dapatan kajian diterangkan secara analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan min, maksimum dan minimum. Keputusan kajian menunjukkan bahawa MPK yang dibina adalah amat sesuai pada fasa PFSS dan sesuai pada fasa PFKK. Rata-rata penggunaan MPK ini telah memberi pelbagai implikasi yang positif sama ada kepada pelajar, guru, penggubal kurikulum mahupun penyelidik sendiri.  
Abstrak Bahasa Inggeris The lack of quality learning materials in the teaching and learning process was the main factor that initiated this study on the construction of a more in-depth Self-Learning Module (SLM). The multiple benefits derived from the SLM as an effective learning medium led to the decision in selecting the SLM as a tool deserving further investigation. This study, which extracts learning material of form four Physics, incorporates the design and evaluation of three Daya dan Gerakan SLM; i.e. Daya Graviti, Keseimbangan Daya and Kerja, Kuasa, Tenaga Keupayaan, Tenaga Kinetik dan Keabadian Tenaga. This study has also utilized the Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). This learning module was assessed at two levels; i.e. the pilot study and the formative evaluation. The latter was conducted in two phases; i.e. One-to-One Formative Evaluation (OFE) and Small- Group Formative Evaluation (SGFE). Both formative evaluations were carried out across two independent variables which are teaching duration and gender. Four Physics teachers were involved in the OFE and another 10 Physics teachers participated in the SGFE. The research instrument utilized was a set of the Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) (Shaharom, 1994). The findings of the study were analyzed using descriptive statistics and displayed the mean, mean deviation as well as maximum and minimum scores. The research indicated that SLM design is very appropriate at both levels of evaluation; i.e. the OFE and SGFE. In general, the use of the SLM had offered positive implications to the pupils, teachers and curriculum designers and even for the researcher herself. 
Fail pdf    


Hakmilik Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia