ePusatSumber, Fakulti Pendidikan UTM


Fakulti Pendidikan, UTM

 
 


Pusat Sumber
Fakulti Pendidikan, UTM
C14-115

Ketua Makmal
En Abdul Razak b. Idris
p-razak@utm.my
samb : 34423 / 07-5534423

Staf bertugas
En Tuan Mohd Nasharuddin bin Tuan Lega
Samb : 34475

 

sebarang masalah berkaitan sistem, sila hubungi megataman@utm.my /
07-5534363

Login Admin

 
 

Maklumat umum No perolehan : 9728,   Pendidikan Sains & Matematik, Tahun : 2010,   1 , Status : Dalam Cdrom  
Nama pengarang SITI ZAINAB BT MD.LAZIN @ MD.LAZIM 
Nama Penyelia Jamaluddin B. Ramli, En.
Tajuk Kemurungan Dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim Di Daerah Kota Bharu, Kelantan. 
Abstrak Bahasa Malaysia Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah kemurungan dalam kalangan penghuni rumah anak yatim. Kajian ini dijalankan di tiga buah rumah anak yatim di daerah Kota Bharu, Kelantan. Rumah anak yatim yang terlibat ialah Rumah Anak Yatim Darul Aitam (Putera), Rumah Anak Yatim Darul Aitam (Puteri) dan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Rumah Putera Dan Puteri Harapan). Bilangan responden yang terlibat adalah seramai 180 orang anak-anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim tersebut. Kajian yang berbentuk deskriptif ini menggunakan borang Beck Depression Inventory (BDI) yang mengandungi 20 item sebagai instrumen kajian. Kebolehpercayaan item dalam borang soal selidik mencatatkan nilai Alfa Cronbach 0.731. Data diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 15 (SPSS V15). Dapatan menunjukkan tahap kemurungan secara keseluruhan dalam kalangan anak-anak yatim berada pada tahap ringan. Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap kemurungan yang signifikan mengikut jantina (p = 0.000 < α = 0.05). Selain itu, hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kemurungan yang signifikan mengikut umur (p = 0.349 > α = 0.05). Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mengurangkan tahap kemurungan dalam kalangan anak yatim. 
Abstrak Bahasa Inggeris The purpose of this research was to identify the problem of depression among the orphans. This research was conducted on three orphanages around Kota Bharu, Kelantan which are Rumah Anak Yatim Darul Aitam (Putera), Rumah Anak Yatim Darul Aitam (Puteri) and Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Rumah Putera and Puteri Harapan). The number of respondents involves in this research was 180 orphans. This descriptive research was used Beck Depression Inventory (BDI) form that consists of 20 items as a research instrument. The reliability of questionnaire items based on the value given by Cronbach Alpha was 0.731. Data was analyzed using Statistical Package for Social Science Version 15 (SPSS V15) software. The finding indicated that the level of depression among the orphans was in the mild. The result showed that there is significant in level of depression according to gender (p = 0.000 < α = 0.05). Besides, the finding showed that no significant in level of depression according to age (p = 0.349 > α = 0.05). A few recommendations were also suggested to reduce orphan‟s depression. 
Fail pdf    


Hakmilik Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia