Senarai Kertas Kerja

Kertas Kerja 1
Tekanan Guru Dalam Pendidikan Dan Resolusi Penyelesaiannya
Mohd Fadzli Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein & Nazrah Jamaludin [Abstrak][Teks penuh]

 Kertas Kerja 2
Internet Sebagai Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Ciri-Ciri Dan Aplikasinya

Saharani Bt. Abdullah, Nazila Bt. Abdullah, Siti Rafidah Bt. Bachok & R.Kalyani[Abstrak][Teks penuh]

 Kertas Kerja 3
Sekolah Bestari : Konsep Dan Harapan Perubahan Terhadap Guru, Pelajar Dan Pentadbir

Rohana Bt Baharim, Mohd Tahir Bin Ismail, Mariani Bt Mohd Nor[Abstrak][Teks penuh]

 Kertas Kerja 4
Pembangunan Sistem Maklumat Guru Ganti Sekolah (Relikom )

Megat Aman Zahiri B Megat Zakaria, Ng Han Guan, Mohd Isa b Mohamad, Kedah bin Ali & Amri Bin Abd Rani[Abstrak][Teks penuh

Kertas Kerja 5
Konsep Dan Perlaksanaan Sekolah Bestari Di  Malaysia.

Abd. Ghani Jaafar,  How Lee Chan, K.Shoba A/P C. Karuppaya & Bazrulzaman Baharom [Abstrak][Teks penuh]
 

Kertas Kerja 6
Tahap Kepuasan Kerja Dan Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Di Jabatan Agama Johor

Mohd Zaini B. Mohd Salleh, Mejar (B) Kamarul Azman Jamaluddin, Meriam Yusoff Puspa A/P Suppiah & Zubaidah Begam Binti Mohd Zakaria[Abstrak][Teks penuh

Kertas Kerja 7
Pengamalan Kepimpinan Transformasi Di Kalangan Guru Tingkatan Di Tiga Buah Sekolah Menengah Daerah Kulai, Johor

Chan Chee  Kiong, Mohamad Roslan Bin Aroff, Mohamed Alfian Harris Bin Omar & Lim Khin Yan[Abstrak][Teks penuh]
 

Kertas Kerja 8
Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti

Mohd Safarin Nordin,  Mohd Zolkifli Abd Hamid & Mohd Khata Jabor[Abstrak][Teks penuh]

 Kertas Kerja 9
Hubungan Punca Stres Dan Tahap Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Johor Bahru

Helen Malaka, Rojiah Abdullah, Nor’azian Binti Rohani, Eldrana Augustin Daniel & Mustafa Kamal Mohammad[Abstrak][Teks penuh]
 

Kertas Kerja 10
Keperluan  Pembelajaran  Berasaskan Multimedia  Bagi Subjek Sistem Elektronik 1 : Satu Kajian Rintis Di Politeknik Pasir Gudang ( PJB)

Faizah Binti A. Karim,  Rafidah Bt Sinone,  Juliyana Bt Baharudin & Norashikin Bt Sahadan[Abstrak][Teks penuh]
 

Kertas Kerja 11
Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Di Daerah Johor Bahru 2005
Goh San San,  Rahimah bt Ahmad & Wong Teck Kim[Abstrak][Teks penuh]

Kertas Kerja 12
Gejala Buli

Azneezal Ar-Rashid Bin Mohd Ramli,  Nora Binti Mislan & Siti Mislia Binti Selamat[Abstrak][Teks penuh]
 

Kertas Kerja 13
Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan  / Cabaran Penggunaan ICT

Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling
[Abstrak][Teks penuh]
 

Kertas Kerja 14
Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Di Johor Bahru

Khairulhelmi Katip, Bazitah Abu Bakar & Florence Fletcher Malia
[Abstrak][Teks penuh]
 

Kertas Kerja 15
Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru ETeMS di dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1.

Fatimah A.Rahman, Sarimah Kamrin
[Abstrak][Teks penuh]

Kertas Kerja 16
Program Sandaran Pelajar Rekacipta  Di Industri Tempatan: Pelaksanaannya Di SMK Ayer Baloi, Pontian

Hariyani Mohamed,
Zuraida Talib, Hariyani Mohamed & Nur Silawaty Kasdirin[Abstrak][Teks penuh]

Kertas Kerja 17
Konsep Dan Pelaksanaan Sekolah Selamat
Shamsiah Bt. Mohd. Amin,  Shahrulbanun Bt. A.Ghani, Azaiah Bt . Ab. Latib[Abstrak][Teks penuh] 

Kertas Kerja 18
Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar : Pendekatan Dan Penyelesaian 
Chin Pek Lian, Low Li Chueen, Vivian Low Yen Yeong[Abstrak][Teks penuh] 

Kertas Kerja 19
IPTS : Aksesibiliti Kepada Peranan IPTA
Mohd Zazali bin Mohd Zin, Rozelina binti Abdul Rahman, Maisura Binti M Yusof, Asma Nabihah Binti Abdul Rahman[Abstrak][Teks penuh] 

Kertas Kerja 20
Kesan  Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap   Kecemerlangan Kerja Guru  Di SM Teknik Kluang
Faridah Bte Md. Pungot, Noridah Bte Ramlan @ Rohan, Siti Rahmah Bte Mohamed[Abstrak][Teks penuh] 

Kertas Kerja 21
Isu Tekanan dan Beban Di Kalangan Guru dan Kepuasan Bekerja
Zuraidah bte Yaacob, Siti Rahmah bte Lamin Rohan @ Siti Rahmah bte Mohamed[Abstrak][Teks penuh] 

Kertas Kerja 22
Masalah Buli  Di Sekolah 
Mohd. Aris bin Anis , Mohd. Noor bin Abd. Rashid[Abstrak][Teks penuh] 

 

 

Kertas Kerja 1

 Tekanan Guru Dalam Pendidikandan Resolusi Penyelesaiannya 

Mohd Fadzli Abu Bakar
Janet Ho Siew Ching
Irdiana Syeriza Hussein
Nazrah Jamaludin

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 

Kertas kerja ini bertujuan menyingkap dan membincangkan isu tekanan yang berlaku di kalangan guru. Demikian adalah supaya isu tekanan yang sememangnya melanda setiap profesion dapat diambil berat pada profesion perguruan kerana kadar pengaruhnya yang amat besar terhadap pendidikan. Masyarakat memandang remeh mengenai bebanan profesion ini dan menganggap secara turun temurun bahawa tugas besar membina status pendidikan unggul negara adalah melalui pengorbanan besar guru-guru. Malangnya kesanggupan untuk berkorban lebih masa dan tenaga ini tidak lagi relevan pada era global dan material ini. Justeru, setiap pihak yang berkaitan perlu memberi perhatian dan melaksanakan pendekatan terhadap penyelesaian isu ini. Guru perlu rasional, pihak sekolah perlu memikir resolusi terhadap persekitaran yang sesuai dan kerajaan juga perlu lebih mempertimbangkan intensif beserta kebajikannya. Ia adalah supaya operasi pendidikan dapat berjalan lancar selaras dengan misi serta visi sebenarnya.

Kertas Kerja 2

 Internet Sebagai Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Ciri-Ciri Dan Aplikasinya

Saharani bt. Abdullah

Nazila bt. Abdullah
Siti Rafidah bt. Bachok
R.Kalyani

Kertas kerja ini membicarakan tentang penggunaan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran komputer dalam pendidikan telah mengubah corak pembelajaran dan pengajaran tradisi kepada corak yang lebih moden. Penggunaan komputer menerusi talian internet menawarkan pelbagai kemudahan dan maklumat yang menguntungkan pelajar dan juga pendidik dan telah menarik ramai pengguna untuk mencubanya. Ciri-ciri dan keistimewaan internet sebagai media pengajaran yang berkesan, efektif, fleksibel dan menarik menjadi sebab mengapa ia  perlu diaplikasikan dalam sistem pendidikan kini. Kertas kerja ini juga memaparkan bukti-bukti pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan yang mempertikaikan kebergunaan sepenuhnya  internet dalam pengajaran dan pembelajaran telah diketengahkan berdasarkan isu-isu yang menjurus kepada ketidaksesuaiannya dari segi rekabentuk kepada pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah. 

Katakunci : Internet, Media Pengajaran, Penggunaan, Ciri-Ciri,  Aplikasi, Kebergunaan

 

Kertas Kerja 3

 Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap Guru, Pelajar dan Pentadbir

Rohana Bt Baharim
Mohd Tahir Bin Ismail
Mariani Bt Mohd Nor

Sub tema: ICT dalam pendidikan guru
 

Sekolah Bestari yang telah diperkenalkan pada tahun 1997 merupakan satu perubahan yang besar dalam arus pendidikan di negara kita. Kertas kerja ini adalah untuk membincangkan tentang konsep dan harapan terhadap guru, pelajar dan pentadbir didalam perlaksanaannya. Dalam proses pembestarian sekolah, beberapa mekanisme dan prinsip-prinsip telah dikenalpasti  dalam memastikan agenda penubuhan sekolah bestari ini berjalan lancar. Harapan perubahan yang akan dibincangkan adalah perubahan  yang dilihat sebelum kewujudan sekolah bestari dan selepas kewujudan sekolah bestari. Antara perubahan yang berlaku terhadap guru dan pelajar semasa pembestarian sekolah adalah seperti perubahan terhadap budaya pembelajaran dimana pelajar bertanggungjawab terhadap pempelajaran mereka (self-directed), perubahan peranan guru sebagai fasilitator, perubahan terhadap keperluan guru keatas kemahiran ICT dan kemahiran kendiri. Manakala perubahan yang berlaku keatas pihak pentadbir pula adalah pemahaman pengetua terhadap menyediakan keupayaan ICT seterusnya dapat menyediakan latihan dan pembangunan yang secukupnya kepada guru dan kakitangan lain yang terlibat . Perubahan didalam bidang pentadbiran lebih menjurus kearah perlaksanaan polisi serta hubungan diantara pihak yang mempunyai kepentingan perlaksanaan sekolah bestari.

 

Kertas Kerja 4

 Pembangunan Sistem Maklumat Guru Ganti Sekolah
( RELIKOM )
 

Megat Aman Zahiri B Megat Zakaria,
Ng Han Guan,
Mohd Isa b Mohamad,
 Kedah bin Ali &
Amri Bin Abd Rani

Sub tema : Inovasi baru dalam pembangunan sistem 

Penggunaan secara manual dalam memproses Jadual Guru Ganti di sekolah amat membebankan dan mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan jika peratusan ketidakhadiran guru tinggi. Kegagalan atau kelewatan menyiapkan Jadual Guru Ganti ini akan menyebabkan pelajar kerugian dari segi masa dan ilmu kerana ketiadaan guru yang mengganti kelas tersebut. Sehubungan dengan itu, satu sistem yang diberi nama Sistem Maklumat Guru Ganti Sekolah (RELIKOM) dibangunkan untuk  menyelesaikan masalah yang timbul di samping mempercepatkan proses mencetak Jadual Guru Ganti untuk diedarkan kepada guru-guru yang hadir. Ia juga mempertimbangkan prinsip keadilan atau pengagihan secara adil gantian kepada semua guru-guru. Pembangunan sistem ini menggunakan bahasa pengaturcaraan Clipper 5.2 dan Dbase IV akan dapat membantu dan memudahkan pentadbiran sekolah dalam menyediakan Jadual Guru Ganti di sekolah.

Katakunci : Jadual waktu, kelas gantian, pengurusan maklumat sekolah

  

Kertas Kerja 5

 Konsep Dan Perlaksanaan Sekolah Bestari Di  Malaysia. 

Abd. Ghani Jaafar
How Lee Chan
K.Shoba A/P C. Karuppaya
Bazrulzaman Baharom 

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat konsep sekolah bestari dan sejauh mana perlaksanaan sekolah bestari di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020 Sekolah bestari di wujudkan bagi melahirkan    generasi Malaysia yang lebih kreatif dan berinovasi dalam berfikir dan bersedia menyesuaikan diri dengan teknologi baru dan bersedia pula untuk menerima dan menguruskan ledakan maklumat dalam dekad teknologi maklumat. Sekolah bestari dirujuk sebagai sekolah yang memberi peluang teknologi maklumat interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama sekolah bestari ialah untuk melahirkan ‘kanak-kanak bestari’ iaitu mereka yang kreatif dan menjana maklumat baru supaya mereka boleh dianggap sebagai pemikir dan bukan individu yang semata-mata mengeluarkan semula pengetahuan. Terdapat enam unsur penting yang perlu diambil  perhatian dalam perbincangan sekolah bestari iaitu pengajaran & pembelajaran, kurikulum, pengurusan, pemikiran, teknologi dan penilaian. Tidak dapat dinafikan bahawa usaha untuk merealisasikan konsep sekolah bestari pada tahun 2010 bukan mudah dan mempunyai pelbagai cabaran. Namun segala cabaran yang dihadapi perlu dilihat dari segi peluang dan bukan halangan.

 

Kertas Kerja 6

 Tahap Kepuasan Kerja Dan Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Di Jabatan Agama Johor 

Mohd Zaini B. Mohd Salleh
Mejar (B) Kamarul Azman Jamaluddin
Meriam Yusoff
Puspa A/P Suppiah
Zubaidah Begam Binti Mohd Zakaria 

Subtema Seminar : Pengurusan Pendidikan Guru 

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan di Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Johor.  Empat faktor demografi responden yang dikaji bagi menentukan wujud perbezaan dalam kepuasan kerja ialah jantina, umur, taraf perkahwinan dan kategori jawatan.  Manakala faktor-faktor kepuasan kerja pula ialah pentadbiran, rakan sejawat, ganjaran dan persekitaran tempat kerja.  Responden terdiri daripada 35 orang kakitangan yang bertugas di Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Johor.  Soal selidik kepuasan kerja (SSKK) telah digunakan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan instrumen Counseling Needs Assessement (CNA) digunakan untuk mengukur sejauhmana keperluan pekerja terhadap perkhidmatan kaunseling di tempat kerja.  Data telah dianalisis menggunakan perisian The Statistical Package For The Social Sciences For Windows (SPSS).  Hasil kajian menunjukkan bahawa kakitangan berpuashati terhadap hubungannya dengan pentadbiran, rakan sejawat, ganjaran dan persekitaran tempat kerja serta amat memerlukan perkhidmatan kaunseling bagi menambahkan lagi mutu perkhidmatan mereka ditempat kerja.  Kajian menunjukkan terdapat kepuasan kerja yang tinggi dan permintaan perkhidmatan kaunseling yang tinggi di Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Johor.

 

Kertas Kerja 7

 Pengamalan Kepimpinan Transformasi Di Kalangan Guru Tingkatan Di Tiga Buah Sekolah Menengah Daerah Kulai, Johor

 Chan Chee  Kiong
Mohamad Roslan Bin Aroff
Mohamed Alfian Harris Bin Omar
Lim Khin Yan 

Kajian tinjuan ini adalah untuk mengenalpasti pengamalan kepimpinan tranformasi di kalangan guru tingkatan  di tiga buah sekolah  daerah Kulai, Johor. Kajian ini adalah berdasarkan  pada teori kepimpinan transformasi yang dikemukakan oleh Prof. J.M. Burns (1978). Persampelan kajian terdiri  daripada 120 orag pelajar yang dipilih  secara rawak daripada tiga buah sekolah tersebut. Instrumen yang digunakan dalam soalselidik ialah “Multifactor Leaderhip Quetionnaire” (MBQ) oleh Avolio & Bass (1988) dan Bass, Aviolio & Goodheim (1987).Soal selidik ini dibahagi kepada  dua bahagian iaitu bahagian A mengenai maklumat berkenaan latarbelakang respondan dan bahagian B mengenai  tingkahlaku yang dilakukan oleh guru tingkatan dalam pengajaran dan pengurusan sekolah. Nilai alfa yang diperolehi daripada kajian rintis ialah 0.8245. Soal selidik dikumpul, disemak dan dianalisa dengan menggunakan prisian  Statistical Package  of Social S cience (SPSS) 10.0 for Windows  dan secara manual bagi mendapatkan kekerapan, min. peratusan dan nilai Anova. Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa guru tingkatan telah mengamalkan keempat-empat ciri kepimpinan transformasi dengan ciri-ciri karismatik (skor min 3.38), ciri-ciri  pertimbangan individu   (skor min 3.44), ciri-ciri stimulasi intelek (skor min 3.41) dan ciri-ciri  inspirasi motivasi (skor min 3.24). Dapatan kajian juga mejelaskan  bahawa  secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan pengamalan  kepimpinan  transformasi  di kalangan guru tingkatan berdasarkan sekolah. Beberapa cadangan telah dikemukakan agar kepimpinan yang lebih efektif dapat ditonjolkan demi kecemerlangan dalam pendidikan.                                   

 

Kertas Kerja 8

 Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti

 Mohd Safarin Nordin
Mohd Zolkifli Abd Hamid
Mohd Khata Jabor 

Setiap tahun kebanyakan pusat pengajian tinggi dan pusat latihan kemahiran menghasilkan para pelajar yang diperakukan telah mencapai tahap kelayakannya bagi membolehkan mereka ini menceburi alam pekerjaan mengikut bidang dan minat masing-masing. Namun begitu, perangkaan pasaran buruh menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian dan latihan tinggi tempatan khususnya di IPTA masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meski pun keluaran sesuatu kumpulan pekerja itu melebihi daripada permintaan para majikan. Antara faktor utama berlakunya fenomena ini adalah kerana graduan yang dihasilkan masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Perkembangan dunia masa kini dan dalam era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal atau “hard skills” sahaja tetapi juga kepada kemahiran generik atau “soft skills” agar pekerja mereka dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki “multi skills”. Menyedari akan hakikat tersebut, kertas kerja ini mengemukakan hasil kajian yang telah dijalankan terhadap tahap keyakinan kemahiran generik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Antara elemen kemahiran generik yang dikaji adalah kemahiran komunikasi dan kemahiran teknologi maklumat. Sampel kajian terdiri daripada pelajar semester empat dari pelbagai kursus di Kolej-kolej Komuniti di Semenanjung Malaysia. Soal selidik digunakan sebagai instrument kajian dan data yang dikumpulkan dianalisa dengan menggunakan peratusan dan min bagi mengukur tahap keyakinan kemahiran generik responden. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati tahap keyakinan kemahiran generik pelajar pelajar Kolej Komuniti dalam elemen komunikasi dan teknologi maklumat berada ditahap sederhana sahaja. Oleh  yang demikian telah dicadangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh pihak-pihak tertentu khususnya Bahagian Pengurusan, Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi bagi memperbaiki tahap kemahiran generik pelajar-pelajar mereka dalam konteks pengurusan Kolej dan kurikulum kursus.

Kertas Kerja 9

 Hubungan Punca Stres Dan Tahap Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Johor Bahru

 Helen Malaka
Rojiah Abdullah
Nor’azian Binti Rohani
Eldrana Augustin Daniel
Mustafa Kamal Mohammad
 

Kajian ini merupakan satu kajian kes untuk meninjau tahap dan punca stress di kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah Menengah Agama di Daerah Johor Bahru. Prihalan antara faktor-faktor demografi terhadap tahap stress juga diperlihatkan. Seramai 35 orang responden yang terdiri dari kesemua guru sekolah terbabit telah di ambil sebagai sampel kajian. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisa mengguna perisian computer Program Statistical Package of Social Science (SPSS) for Window 11.0 . Dapatan dari hasil kajian secara keseluruhannya menunujukkan bahawa tahap stress di kalangan guru-guru sekolah ini adalah rendah iaitu sebanyak 94.3 peratus. Manakala 5.7 peratus mengalami tahap;stress yang sederhana dan tiada responden yang mengalami tahap stress yang tinggi. Secara khususnya keadaan kelas yang bising, tiada masa memeriksa buku pelajaran dan tidak mempunyai cukup masa berehat di antara waktu mengajar merupakan punca utama stress di kalangan guru sekolah ini. Secara umum faktor beban tugas merupakan punca stres primer dan faktor peraturan sekolah merupakan faktor skunder. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan signifikan antara faktor peraturan sekolah dan hubungan interpersonal dengan tahap stress guru-guru sekolah ini. Beberapa alasan telah diberi keatas keputusan yang diperolehi. Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan atas keputusan yang diperolehi. Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan untuk memperbaiki dan memperkembangkan lagi hasil dapatan yang diperolehi.

 

Kertas Kerja 10

 Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek Sistem Elektronik 1 : Satu Kajian Rintis di Politeknik Pasir Gudang ( PJB)

Faizah Binti A. Karim
Rafidah Bt Sinone
Juliyana Bt Baharudin

Norashikin Bt Sahadan 

Projek ini adalah satu kajian rintis tentang keperluan pembelajaran berasaskan Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I  di Politeknik Pasir Gudang, Johor Bharu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui topik yang paling sukar dalam mata pelajaran Sistem Eektronik 1 dan mengkaji keperluan perisian multimedia dengan mengkaji tiga aspek rekabentuk perisian iaitu rekabentuk pembelajaran konstruktivisme, rekabentuk antaramuka dan  rekabentuk interaksi. Sample kajian terdiri daripada pelajar semester 2 kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik iaitu seramai tiga puluh dua orang (32 orang). Kaedah dan instrumen kajian yang dijalankan ialah dengan membuat tinjauan menggunakan borang  soal selidik dalam bentuk penilaian bertujuan sebagai “pilot test”. Disebabkan kajian ini merupakan kajian rintis terhadap keperluan pembelajaran berasaskan multimedia, maka tiada analisis spesifik yang dijalankan.

  

Kertas Kerja 11

 Persepsi Guru Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Di Daerah Johor Bahru 2005

 Goh San San
Rahimah bt Ahmad

Wong Teck Kim
 

Sub Tema: Kurikulum dan Pengajaran Pendidikan

 

Bahasa merupakan alat yang digunakan dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, bahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan konsep sains dan matematik kepada pelajar. Kefahaman konsep sains dan matematik akan berlaku dengan mudah jika konsep tersebut disampaikan oleh guru dengan baik. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik sudah pasti memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran serta cara pemikiran guru dan pelajar. Bagi mendapatkan pandangan guru terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik, satu penyelidikan secara deskriptif telah dijalankan kepada guru sains dan matematik di tujuh buah sekolah menengah daerah Johor Bahru dengan menggunakan borang soal selidik berkaitan dengan amalan harian Bahasa Inggeris mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru menghadapi masalah dalam mempelajari sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dengan itu ia mempengaruhi dan memberi impak terhadap  pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Secara umumnya, kesukaran ini berpunca daripada perbezaan amalan atau budaya harian guru yang menunjukkan Bahasa Inggeris merupakan satu perkara yang agak asing dalam kehidupan mereka.     

Kata kunci: PPSMI, bahasa, pengajaran dan pembelajaran.

Kertas Kerja 12

 Gejala Buli 

Azneezal Ar-Rashid Bin Mohd Ramli
Nora Binti Mislan
Siti Mislia Binti Selamat 

 Gejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan segera oleh pihak-pihak tertentu agar ianya tidak terus menular. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Kertas kerja ini selain membincangkan tentang jenis-jenis perlakuan buli, juga akan mengutarakan aspek-aspek penting yang mempengaruhi dan yang berkaitan dengan tingkah laku buli ini. Buli dikatakan sering berlaku di dalam bilik darjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di kantin dan juga di dalam tandas. Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat ini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan. Langkah-langkah pencegahan turut diketengahkan yang dirasakan sesuai dilakukan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung keadaan ini. Persekitaran sekolah yang selesa dan selamat amat diperlukan dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna bagi pelajar.
 

Kertas Kerja 13

 Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT 

Ting Kung Shiung
Woo Yoke Ling

Subtema: ICT Dalam Pendidkan Guru 

Peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar dianggap penting dalam memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion perguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan tetapi, terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Oleh itu, dicadangkan penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum, perubahan sikap dan nilai guru terhadap ICT, penganjuran kursus ICT jangka pendek untuk guru, penyediaan infrastruktur komunikasi dan multimedia serta infostruktur yang lengkap, penyediakan kemudahan komputer di luar bandar dan rangkaan sumber kewangan yang mencukupi.

 

Kertas Kerja 14

 Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Di Johor Bahru 

Khairulhelmi Katip
Bazitah Abu Bakar dan
Florence Fletcher Malia  

Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan pendekatan pembelajaran berkumpulan (“Cooperative Learning Approach”) bagi pelajar-pelajar di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Johor Bahru.  Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Prinsip Pengurusan.  Seramai 31 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih untuk melaksanakan kajian ini.  Keputusan kajian adalah berdasarkan jawapan daripada soal selidik yang telah diberi kepada pelajar.  Analisa keputusan kajian menunjukkan kedua-dua golongan pelajar lelaki dan perempuan menggemari pendekatan kerjasama dalam pembelajaran (pembelajaran berkumpulan – “cooperative learning approach”) dalam menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi bagi sesuatu matapelajaran.  Antara hasil kajian yang didapati menunjukkan pembelajaran berkumpulan adalah lebih efektif dan mempunyai kesan positif ke atas pelajar, terutamanya dalam meningkatkan kefahaman pelajar ke atas sesuatu matapelajaran. Justeru itu, kajian menunjukkan pendekatan kerjasama dalam pembelajaran berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran adalah sesuai  di kalangan pelajar IPTS tersebut.

 

Kertas Kerja 15

 Mengkaji tahap peningkatan kebolehan penguasaan dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru ETeMS di dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan pakej ‘Easy English’ di dalam mata pelajaran Matematik tingkatan 1.

 Fatimah A.Rahman
Sarimah Kamrin

SMK Bandar Tenggara

Fakulti Pendidikan
, Universiti Teknologi Malaysia

(Subtema : Kurikulum Dan Pengajaran Pendidikan) 

Pakej  ‘Easy-English’ adalah merupakan satu alternatif di dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ia disediakan oleh sekumpulan pensyarah dari University College, London dengan diketuai oleh Proffessor A.C Gimson, B.A (pensyarah di bahagian phonetics). Modul ini digunakan khusus untuk memastikan guru-guru EteMS yang bermasalah dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik  di dalam Bahasa Inggeris memperbaiki kelemahan dan seterusnya menguasai bahasa ini sehingga tahap optimum. Modul ini mempunyai 8 keping cakera padat dan 4 buah buku iaitu buku panduan, spoken exercise, written exercise  serta buku teks. Penilaian keberkesanan modul adalah berdasarkan ujian bulanan ke atas kelas guru terbabit. Dua kajian dilakukan iaitu pada bulan Februari (sebelum perlaksanaan modul) dan bulan April (selepas perlaksanaan modul). Analisis data ujian menunjukkan terdapat peningkatan bilangan pelajar yang lulus berbanding ujian sebelumnya. Ini membuktikan pentingnya satu modul khusus untuk para guru meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris secara optimum.

 

Kertas Kerja 16

Program Sandaran Pelajar Rekacipta  Di Industri Tempatan: Pelaksanaannya Di SMK Ayer Baloi, Pontian

Hariyani Mohamed
Zuraida Talib
Hariyani Mohamed
Nur Silawaty Kasdirin 

(Sub tema :  Kurikulum Dalam Pendidikan)

Kajian  ini merupakan satu program latihan berbentuk pengalaman tempat kerja bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran teknikal dan memperluaskan daya kreativiti pelajar yang mengambil matapelajaran Rekacipta di industri tempatan semasa cuti sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi telah dipilih untuk melaksanakan program ini. Sejumlah 26 pelajar telah terlibat dalam menjayakan program ini dengan melibatkan 7 buah Syarikat Swasta dan 1 Jabatan Kerajaan iaitu Majlis Daerah Pontian. Program ini dijalankan untuk tempoh dua minggu sahaja bermula 11 Nov 2002 hingga 25 November 2002. Hasil dari pelaksanaan program ini telah memberi kesan yang positif kepada pelajar dan juga persepsi firma- firma swasta atau agensi kerajaan tentang usaha Kementerian Pendidikan dalam membantu mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam pelbagai aspek kemahiran dan ianya tidak hanya terhad disekolah sahaja.  Sokongan dan kerjasama dari pihal- pihak yang berkenaan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Jabatan Pendidikan Negeri terhadap sekolah yang melaksanakan program ini hendaklah diperkemaskan agar program yang dirancang dengan begitu baik ini tidak berkubur begitu sahaja.

 

Kertas Kerja 17

KONSEP DAN PELAKSANAAN SEKOLAH SELAMAT

 Oleh 

Shamsiah Bt. Mohd. Amin
Shahrulbanun Bt. A.Ghani
Azaiah Bt .
Ab. Latib

 Kertas kerja ini menjelaskan tentang konsep serta perlaksanaan sekolah selamat di peringkat sekolah. Program Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan murid dari aspek fizikal dan bangunan, aktiviti murid, bencana alam, sosial dan persekitaran atau lokasi. Di harapkan aspek keselamatan diambil berat dan mampu dipertingkatkan serta merasai sebagai tanggungjawab oleh semua pihak, pentadbir sekolah, guru, kakitangan sekolah, murid-murid, ibu bapa, badan bukan kerajaan dan masyarakat sekitar. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mewujudkan sekolah yang lebih selamat. Langkah-langkah itu akan didedahkan kepada semua pihak sehingga tahap memahami, menghayati, mengamalkannya seterusnya menjadi budaya kehidupan murid, guru, ibu bapa, masyarakat dan badan pertubuhan setempat. Usaha ini akan menjadikan semua sekolah di negara ini sentiasa berada ditahap selamat yang tinggi dan menyakinkan kepada semua pihak.

 

Kertas Kerja 18

Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar : Pendekatan Dan Penyelesaian 

Chin Pek Lian
Low Li Chueen
Vivian Low Yen Yeong

Isu masalah disiplin pelajar masih lagi hangat diperkatakan di kalangan masyarakat hari ini. Peranan institusi kekeluargaan adalah setaraf dengan peranan institusi sekolah dalam membentuk mental dan rohani pelajar.  Kertas kerja ini membincangkan isu-isu masalah disiplin pelajar sejak kebelakangan ini. Punca utama yang menyebabkan masalah disiplin ialah ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Dalam masa yang sama, ibu bapa juga tidak melaksanakan tugas mereka dalam mengurus dan mengawal tingkahlaku anak-anak mereka. Ibu bapa harus mewujudkan saluran komunikasi yang sihat dengan anak-anak. Selain ibu bapa, pihak sekolah dan guru mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu yang saling bergantung antara satu sama lain. Pendekatan dan penyelesaian bagi masalah disiplin pelajar juga dibincangkan dalam kertas kerja ini.

 

Kertas Kerja 19

IPTS : Aksesibiliti Kepada Peranan IPTA 

Mohd Zazali Bin Mohamad Zin @ Jin
Rozelina Binti Abdul Rahman
Maisura Binti M. Yusof
Asma Nabihah Binti Abd. Rahman

Penulisan ini adalah berkaitan dengan isu penubuhan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).  Antara aspek yang disentuh berkaitan dengan IPTS ialah berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan yang menjadi pemangkin kepada peningkatan penubuhan IPTS, kepentingan IPTS dalam meningkatkan aksesibiliti pendidikan tinggi, cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha meningkatkan aksesibiliti pendidikan tinggi melalui IPTS dan akhirnya strategi dan perlaksanaan yang boleh dilakukan dan telah dirancang dalam mengatasi masalah atau cabaran ini.  IPTS adalah merupakan institusi yang dimiliki oleh individu atau syarikat persendirian ataupun korporat.  Walau bagaimanapun segala aktiviti yang melibatkan IPTS dikawalselia oleh kerajaan melalui akta-akta tertentu. Penubuhan IPTS adalah merupakan pelengkap kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam yang bertujuan menampung pertambahan bilangan pelajar.  Ianya dapat dilihat melalui hasrat negara yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang cemerlang serta 40% rakyat adalah berpendidikan tinggi sebelum melangkah tahun 2020.   Oleh itu segala permasalahan mahupun cabaran-cabaran yang timbul hasil daripada penubuhan IPTS hendaklah ditangani bersama oleh kerajaan mahupun rakyat, demi menuju kearah matlamat dan wawasan negara

 

 

Kertas Kerja 20

Kesan  Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap   Kecemerlangan Kerja Guru  Di SM Teknik Kluang

 Faridah Bte Md. Pungot,
Noridah Bte Ramlan @ Rohan,
Siti Rahmah Bte Mohamed

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Artikel ini membincangkan perkaitan antara kecemerlangan kerja guru dengan penyeliaan yang dijalankan oleh pihak pengurusan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti  dan melihat sama ada kekerapan penyeliaan yang dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah mempunyai hubung kait dengan kecemerlangan prestasi kerja guru.  Kajian ini berbentuk penerokaan analitikal dengan tinjauan yang dilakukan  menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat daripada Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia  yang telah menjalankan pemantauan dan penyeliaan terhadap guru-guru dibawah seliaan mereka.  Seramai 100 orang guru dari SM Teknik Kluang telah terlibat  dalam kajian ini.  Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik jenis tertutup dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A yang mewakili aspek demografi responden dan bahagian B yang berkaitan dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran , profesionalisme guru , penyeliaan nota , latihan serta sikap dan sahsiah guru.  Keputusan kajian menunjukkan bahawa penyeliaan adalah salah satu penyebab perubahan guru terhadap profesion mereka kerana dengan adanya penyeliaan akan mendorong guru mencari sesuatu kelainanyang hendak ditonjolkan sama ada dari segi perwatakan yang positif mahupun kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan kepada para pelajar.

 

Kertas Kerja 21

Isu Tekanan dan Beban Di Kalangan Guru dan Kepuasan Bekerja

Zuraidah bte Yaacob,
Siti Rahmah bte Lamin
Rohan @ Siti Rahmah bte Mohamed

 Tekanan secara amnya didefinisikan sebagai satu gangguan emosi yang berlaku apabila strategi pengendalian tekanan kurang daripada punca tekanan yang diterima. Walaupun pelbagai kajian telah mendokumentasi kesan tekanan dalam profesion perguruan, namum segelintir sahaja kajian telah dijalankan mengenai tekanan di kalangan guru-guru. Guru-guru kerap mengalami tekanan kerana jumlah masa mereka berinteraksi dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran, emosi dan tingkah laku. Mengajar kanak-kanak adalah mencabar kekurangan sokongan rakan sekerja dan pihak pentadbir merumitkan lagi situasi. Penambahan beban tugas, kekurangan kemudahan dan tekanan masa mengakibatkan guru memilih profesion lain. Kajian ini adalah kajian rintis untuk mengenal pasti punca tekanan dan beban di kalangan guru. Sejumlah 50 guru telah dipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout Inventory dan the Sources of Stress Questionnaire. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa guru tidak mengalami tekanan dan beban yang sederhana dan tidak mengalami masalah penyakit diakibatkan tekanan dan beban. Walau bagaimanapun, strategi menangani tekanan perlu diajar kepada guru pelatih supaya mereka dapat mengawal persekitaran tempat kerja.

Kertas Kerja 22

Masalah Buli  Di Sekolah 

Mohd. Aris bin Anis
Mohd. Noor bin Abd. Rashid

Kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di dada-dada akhbar  dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian,  masalah  ini perlu dibanteras segera agar  tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian sesebuah sekolah. Kertas kerja ini ditulis untuk  menjelaskan beberapaaspek berkaitan dengan masalah buli di sekolah. Aspek-aspek yang akan diberi penekanan ialah  definisi buli, jenis-jenis buli, mengenali ciri-ciri pembuli, mengenali ciri-ciri mangsa buli, statistik kes buli, faktor-faktor yang mendorong  berlakunya kes buli, beberapa peringkat menangani masalah buli dan tatacara membuat aduan berkaitan kes buli disekolah