top1
top2
   

JURNAL MEDC

MENGENAI JURNAL MEDC

DARI MEJA PENYUNTING

BORANG LANGGANAN

PANDUAN UNTUK PENULIS

VOLUME

 

MENGENAI JURNAL MEDC

Jurnal Majlis Dekan Pendidikan Malaysia ditebitkan dua tahun sekali oleh Majlis Dekan Pendidikan Malaysia.Jurnal ini bertujuan memenuhi keperluan dan kecenderungan ikhtisas dalam kalangan pendidik Malaysia dan negara-negara lain. Tujuan yang lain ialah untuk menggalakkan percambahan idea dan pengalaman dalam kalangan pendidik serta institusi -institusi yang berkenaan. Usaha seperti ini diharap akan mempertingkatkan taraf pendidikan di sekolah khasnya dan kemajuan pendidik di Malaysia amnya. Segala rencana yang diterima untuk terbitan menjadi hak milik Majlis Dekan Pendidikan Malaysia. Pandangan-pandangan dalam rencana yang tersiar merupakan pandangan penulisnya dan tidak semestinya membayangkan pandangan penyunting. Segala surat-menyurat, termasuk manuskrip harus dihantar kepada Ketua Editor, Jurnal Majlis Dekan Pendidikan Malaysia, Unit Penyelidikan Pendidikan Asas, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Pulau Pinang, Malaysia. Butir-butir tentang persediaan dan sumbangan rencana boleh didapati di halaman akhir jurnal ini.

 

 

 

Home | About Us | Members |  MEDC Journal |  News/Events  |  Contact Us