Nafs

 

 

 

 

 

Show me in | | English Language|

 

"Nafs' atau 'nafsu' berasal daripada perkataan arab yang bermaksud "jiwa" atau "roh" yang tidak zahir pada manusia. Manusia yang mempunyai nafsu ialah manusia yang mempunyai keinginan, kemahuan dan keghairahan kepada sesuatu samada baik ataupun tidak baik.

Di dalam Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali menerangkan bahawa nafs merupakan kekuatan, sifat marah dan nafsu syahwat yang ada pada diri manusia.  Ia juga diletakkan di dalam golongan yang mengikut telunjuk syaitan dan perkataan “nafs” ini biasa diguna pakai oleh ahli tasawwuf dengan maksud pokok yang menghimpunkan sifat-sifat tercela pada manusia.  Mereka juga turut mengatakan bahawa nafsu tidak dapat dilawan dan dihancurkan (al-Ghazali, 1997) seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :

“Musuhmu yang terbesar ialah nafsumu yang berada di antara dua lambungmu”.
(al-Baihaqy)

    Apakah kategori nafsu anda? Ketahui DI SINI
    Apakah akhlak yang harus dijauhi? KLIK SINI
    Ajukan masalah anda DI SINI
    Ketahui jenis-jenis nafsu DI SINI
 
________________________________________________________________________________________________________________________________
| Laman Utama || Hubungi Kami |
Hakcipta Terpelihara 2011
Universiti Teknologi Malaysia