MAKLUMAT TERKINI

Seminar TVET 2009
Seminar Pendidikan Teknik dan Vokasional 2009. 9-10 Disember 2009. Di Universiti Teknologi Malaysia. Tema: Memperkasakan Pendidikan Kemahiran.

Pertandingan Rekacipa Peringkat Sekolah-sekolah Rendah Negeri Johor. Tarikh: 8 Disember 2009. Di Universiti Teknologi Malaysia.

OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL MALAYSIA

  • Menggalakkan perhubungan, kefahaman dan kerjasama antara individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
  • Memajukan bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia.
  • Menggalakkan perkembangan professional dalam kalangan pendidik-pendidik Teknikal dan Vokasional di Malaysia.
  • Menyediakan forum bagi pertukaran dan penyebaran pendapat, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
  • Menggalakkan penyelidikan dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan pada masa yang sama menyebarkan dapatan atau hasil kajian berkaitan.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dan peranan Pedidikan Teknikal dan Vokasional bagi kemajuan dan pembangunan negara.

KEAHLIAN

  1. Ahli Biasa: Mestilah warganegara Malaysia yang ada hubungan dengan Pendidikan Teknikal dan Vokasional serta terlibat secara aktif dalam pendidikan.
  2. Ahli Bersekutu: Mestilah individu yang ada hubungan dengan Pendidikan Teknikal dan Vokasional tetapi tidak secara aktif dalam bidang ini.
  3. Ahli Pelajar: Mestilah dikalangan pelajar yang sedang menuntut dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

YURAN

Yuran keahlian adalah seperti berikut:

  • Yuran pendaftaran bagi semua jenis keahlian adalah RM10.00
  • Yuran Tahunan

A. Keahlian Biasa RM20.00 B.Keahlian Bersekutu RM30.00 C. Keahlian Pelajar RM10.00 D.Seumur Hidup RM 250.00