Pengenalan
Setiap manusia di muka bumi ini, inginkan kejayaan dan berusaha serta memburu untuk mencapainya. Apakah itu kejayaan? Adakah kejayaan itu terletak pada wang atau harta? Adakah kejayaan itu terletak pada pangkat??? Adakah kejayaan itu terletak pada kekuasaan??? Adakah kejayaan itu terletak pada kekayaan ???
Jika kita merasakan bahawa kejayaan itu terletak pada wang, harta, pangkat, kekuasaan dan kekayaan, maka kita telah menyalah tafsirkan erti sebenar makna kejayaan. Ini adalah kerana, jika kita memburu kejayaan dengan wang, harta, pangkat dan kekuasaan, sebenarnya kita akan menempuh kegagalan. Hal ini dibuktikan dengan pelbagai peristiwa yang Allah tunjukkan kepada hambaNya sebagai tarbiyah untuk kita renung bersama.
Peristiwa Firaun yang telah ditenggelamkan oleh Allah dalam lautan merah kerana merasakan diriinya berkuasa seperti Tuhan, jelas menunjukkan tentang hidup mengejar kekuasaan dan pangkat membawa kemusnahan. Begitu juga, peristiwa di mana Allah telah tenggelamkan Qarun bersama-sama dengan harta kekayaannya juga menunjukkan bahawa kekayaan tidak menjamin kejayaan.
Sehubungan itu, apa sebenarnya kejayaan? Kejayaan yang sebenar ialah apabila kita meletakkan agama di hadapan kehidupan kita untuk berjaya dunia dan akhirat dengan beriman kepada Allah dengan mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah dengan mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Hal ini terbukti dengan firman Allah seperti berikut:
|