::SINOPSIS MATA PELAJARAN SARJANA KURIKULUM DAN PENGAJARAN::

MPF 1403 - Teori Kurikulum Dan Perubahan Kurikulum

Mata pelajaran Teori Kurikulum Dan Perubahan Kurikulum bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar beberapa konsep asas kurikulum, isu-isu dan orientasi yang digunakan untk menghasilkan keputusan tentang kurikulum. Mata pelajaran ini dibentuk dengan harapan agar pelajar dapat menghargai keadaan-keadaan kompleks untuk merancang bidang pendidikan. Juga mata pelajaran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar menggunakan konsep-konsep yang telah dihayati kepada masalah pendidikan dan bahan-bahan kurikulum.


MPF 1413 - Falsafah Dan Pemikiran Kurikulum

Membincang tentang falsafah dan idea yang menjadi asas pembentukan sesebuah kurikulum, termasuklah idealisme, rational realisme, pragmatisme, existensialisme, experimentalisme dan lain-lain serta model-model kurikulum hasil dari pemikiran tersebut.


MPF 1423 - Pembentukan Dan Perkembangan Kurikulum Di
Malaysia

Meninjau sejarah pembentukan, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan, perlaksanaan dan perkembangan kurikulum di Malaysia. Perbincangan akan meliputi kurikulum sebelum peperangan,selepas kemerdekaan, pembentukan negara Malaysia, KBSR, KBSM dan sebagainya.


MPF 1433 - Perancangan dan Pengurusan Kurikulum

Tujuan awal kursus ini ialah melihat bagaimana sesuatu kurikulum itu dirancang dari peringkat awal sehinggalah ia siap sedia untuk dilaksanakan khususnya kepada amalan serta proses pengurusan kurikulum. Di antara tajuk-tajuk yang akan dibincangkan termasuklah teori kurikulum, difinasi, konsep, pembentukan, penyebaran, pengurusan serta pembaharuannya.

MPF 1463 - Pengajaran Individu

Kursus ini mendedahkan konsep-konsep dan tujuan pengajaran individu serta pendekatannya yang membawa perubahan kepada corak pembelajaran individu. Penekanan utama ialah kaedah-kaedah pengajaran individu, model-model pengajaran individu, kontrak pengajaran individu, pakej pembelajaran, pelaksanaan dan pengurusan pengajaran individu. Isu-isu mengenai perkembangan, keberkesanan dan masalah pengajaran dan pembelajaran individu juga akan dibincangkan.


MPF 1493 - Kajian Pendidikan

Kajian adalah latihan ilmiah yang diwajibkan kepada semua calon sarjana pendidikan yang mengikuti Kerja Kursus Sepenuhnya. Calon boleh membuat kajian kes atau membuat penyelidikan berkaitan isu/maslah tertentu dalam bidangnya. Calon boleh mendapatkan nasihat atau pertolongan penyelia untuk memperkembangkan penulisan ilmiah ini. Kualiti penulisan sangat diutamakan. Hasil kajian perlu dibentangkan.


MPF 1263 - Penilaian Program

Pelajar akan didedahkan kepada pendekatan bagi menilai program-program yang berkaitan dengan pendidikan; perbincangan tentang pentingnya matlamat program dan hasil-hasil di luar jangkaan; peranan pengukuran kognitif dan afektif; temubual dan data pemerhatian.


MPF 2413 - Asas Kurikulum

Pendedahan kepada pelajar cabang-cabang dalam bidang kurikulum, pengertian, konsep-konsep asas, sumber maklumat yang penting dalam pembinaan kurikulum, komponen-komponen penting dalam kurikulum, pihak yang bertanggungjawab dalam pengembangan dan proses perlaksanaan kurikulum, beberapa model pembentukan kurikulum, komponen-komponen penting dalam kurikulum, pihak yang bertanggungjawab dalam pengembangan dan proses perlaksanaan kurikulum, beberapa model pembentukan kurikulum dan akhirnya isu-isu semasa yang berkaitan dengan kurikulum.


PPF 1453 - Rekabentuk Pengajaran

Pengenalan kepada aktiviti menyediakan sesuatu pengajaran/kursus berdasarkan model-model yang selalu digunakan termasuklah aktiviti membuat penganalisaan maklumat yang relevan untuk merancang dan merekabentuk pengajaran yang lebih berkesan.


PPF 1473 - Kurikulum Pendidikan Menengah

Pendedahan kepada pelajar Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), faktor-faktor pembentukan KBSM, isu-isu dalam KBSM danmenganalisis unsur-unsur kurikulum sekolah menengah luar negeri.


PPF 1493 - Kurikulum Pendidikan Rendah

Mata pelajaran ini adalah berkaitan elemen yang perlu dikaji didalam usaha pembentuk kurikulum pendidikan rendah, khususnya dari perspektif psikologi, teori pembelajaran, pengurusan, sosial dan lain-lain. Perbincangan juga akan berfokus kepada isu-isu berkaitan KBSR di Malaysia.


PPF 2493 - Seminar Kurikulum dan Pengajaran

Forum ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan idea cadangan dan pemerhatian mereka mengenai isu-isu semasa yang timbul dari pembentukan, pengurusan dan perkembangan kurikulum di Malaysia.


PPF 2443 - Kajian Kendiri Dalam Kurikulum dan Pengajaran

Ini merupakan pembelajaran kendiri mengenai topik atau isu yang diminati pelajar berkaitan kurikulum. Pembelajaran akan diselia oleh seorang pensyarah.


PPF 1443 - Teori dan Model Pengajaran

Kursus ini memberi fokus kepada perbincangan tentang beberapa teori dan model pengajaran yang berorientasikan tingkah laku, sosial dan kognitif. Antara teori dan model yang ditumpukan ialah modifikasi tingkah laku, pemprosesan maklumat dan interaksi sosial seperti yang disarankan oleh Bruce Joyce dan Marsh Weil. Selain daripada itu aplikasi teori dan model dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran juga diberi keutamaan.


PPF 2403 - Pengurusan Bilik Darjah

Tumpuan diberikan kepada berbagai model, prinsip serta kaedah mengawal, menyusun serta mengadakan aktiviti pengajaran pembelajaran yang sesuai dengan kumpulan pelajar yang dihadapi serta persekitaran mereka. Pendedahan termasuklah pengurusan masa dalam pengajaran, penrancangan pengajaran, mengurus bagi mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif untuk pembelajran serta kawalan kelas.


PPF 2423 - Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pendedahan mengenai berbagai kaedah dan strategi untuk menyediakan berbagai jenis modul pembelajaran melalui komputer. Pengetahuan tentang penggunaan komputer di peringkat asas perlu untuk kursus ini.

 


<<back

   
 


::Fakulti Pendidikan Sepintas Lalu::

# Pengurusan #

# Syarat Umum Kemasukan #

# Keterangan Program yang ditawarkan#

# Pengendalian Program#

# Penilaian #

# Penganugerahan Ijazah#


Fakulti Pendidikan
menawarkan 12 program pengajian di peringkat Sarjana

PROGRAM AKADEMIK

BENTUK PROGRAM

SYARAT KEMASUKAN

RINGKASAN PROGRAM

SINOPSIS MATA PELAJARAN (KURIKULUM DAN PENGAJARAN)

 

 

HOME    STRUCTURE    DEPARTMENTS    STAFF    ACADEMIC PROGRAMS   RESEARCH   PUBLICATIONS

Copyright @ 2005 Faculty of Education, Universiti Teknologi Malysia. All rights reserved.