::SINOPSIS MATA PELAJARAN SARJANA PENDIDIKAN MATEMATIK::

MPS 1053 - Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan Sains
Dan Matematik

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus pengukuran dan penilaian yang ditawarkan diperingkat ijazah. Tumpuan kursus adalah kepada latarbalakang teori pengujian dan penilaian dalam Pendidikan Sains dan Matematik. Hubungkait pengujian dan penilaian dengan teori pembelajaran pendidikan Sains dan Matematik. Penganalisisan ujian dengan menggunakan tatacara statistik seperti indeks kesusahan, diskriminasi, “item charateristic curves:, kesahan, kebolehpercayaan dan penganalisaan faktor. Pelbagai jenis kesahan dan kebolehpercayaan. Pengubahan dan penyamaan markat; ratusan (percentile), markat “standardized” dan “normalized”, pembetulan penekanan.


MPS 1803 - Model Pengajaran dan Pembelajaran Dalam
Matematik

Implikasi teori-teori pembelajran terhadapa pendidikan Matematik: teori tingkahlaku dan kognitif. Faktor-faktor psikologi dalam proses mengajar-belajar: sikap, motivasi, persekitaran, perbezaan individu dan lain-lain.


MPS 1813 - Penyelesaian Masalah Pendidikan Matematik

Strategi-strategi penyelesaian masalah. Kepentingan penyelesaian masalah. Pengajaran, penyelidikan dan isu-isu berkaitan penyelesaian maasalah.


MPS 1823 -Pengajaran Tajuk-Tajuk Khas Dalam Matematik

Perbincangan tentang masalah-masalah dalam pengajaran algebra, geometri, trigonometri, kalkulus, statistik, kebarangkalian dan makanik di peringkat sekolah dan universiti.

MPS 1833 - Diagnostik Dan Pemulihan Dalam Pengajaran-Pembelajaran Matematik

Struktur Keupayaan Matematik dan perkaitannnya dengan kesukaran pelajar mempelajari Matematik. Keperluan, tujuan dan kaedah diagnosis : Analisis Kesilapan, Diagnosis bagi maklumat kaulitatif berkaitan dengan kesukaran Matematik, Ujian Diagnosis Objektif, Subjektif (ciri, rekabentuk dan penggunaannya). Diagnosis dan cadangan langkah-langkah pemulihan untuk beberapa tajuk Matematik terpilih (peringkat rendah dan menengah).


MPS 1843 - Komputer Dalam Pendidikan Matematik

Perbincangan isu-isu komputer dalam Pendidikan Matematik dengan tumpuan khas kepada peranan membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian komputer dalam pendidikan seperti CAI, amalan latih tubi, penyelesaian masalah, tutorial, simulasi, pengurusan, penyelidikan, pengujian dan penilaian. Penggunaan perisian gubahan.


MPS 1853 - Inovasi & Kreativiti Dalam Pendidikan Matematik

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pendidikan Matematik dengan penggunaan kaedah yang menarik dan menyeronokkan. Konsep alat bantu mengajar dalam pendidilam Matemaitk serta cara penyediaan dan penggunaannya akan diketengahkan. Kaedah permainan (centicubes, rubsik strip, geoboard dll.) teka-teki, penyelesaian masalah akan dibincangkan. Di samping itu keindahan Matematik akan diperkenalkan dengan keindahan susunan nombor yang diperolehi daripada persamaan, fungsi atau daripada struktur alam semulajadi. Unsur-unsur sejarah Matematik dan kesenian dan bagaimana untuk digunakan dalam pendidikan Matematik akan turut diperbincangkan.


PPS 2063 - Perkembangan Sains & Matematik Dalam Perspektif Sejarah

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru Sains dan Matematik tentang sejarah Sains dan Matematik sejak tamadun purba hingga zaman moden. Kursus ini akan memberi penekanan kepada perkembangan Sains dan Matematik dalam konteks sosio-budaya dan politik sesuatu tamadun.. Ia bertujuan supaya Sains dan Matematik tidak disalah anggap sebagai satu ilmu yang beku dan “ready-made” tetapi bakal-bakal guru harus sedar bahawa Sains dan Matematik adalah satu disiplin yang masih berkembang hingga sekarang. Beberapa tamadun penting diperbincangkan misalnya tamadun Islam, Babylon, Mesir Purba, Yunani, Hindu dan Cina serta tamadun barat. Riwayat hidup ahli-ahli Sains dan Matematik diperbincangkan seperti Omar Khayyum,
Al-Khwarizmi, Ibn Al-Haitham, Al-Biruni, Euklid, Diophantus, Newton, Gause dan lain-lain.


PPS 2863 - ABM Kos Rendah Dalam Pendidikan Matematik

Ciri-ciri/kriteria alat bantu mengajar (ABM) kos rendah. Kesesuaian alat bantu mengajar kos rendah. Membuat projek dan mencipta alat bantu mengajar kos rendah bagi matapelajaran Matematik.


PPS 2873 - Isu Semasa Dalam Pendidikan Matematik

Kursus bertujuan memberi pendedahan kepada bakal guru Matematik tentang isu-isu semasa dalam pendidikan Matematik. Antara tajuk-tajuk yang akan diperbincangkan ialah pemikiran Matematik, komputer dan kalkulator dalam pendidikan matemati, penyelesaian masalah, falsafah pendidikan negara, Matematik KBSM, keresahan (anxiety) dalam matematik, masalah kaum bumiputera, penggunaan sejarah dan perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia.


PPS 2883 - Rekabentuk & Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Matematik

Beberapa model yang digunakan dalam rekabentuk sesuatu kurikulum. Faktor-faktor mempengaruhi rekabentuk sesuatu kurikulum. Beberapa contoh kurikulum Matematik di peringkat sekolah menengah dan rendah dilihat dari segi kandungan, pertimbangan pedagogi dna pertimbangan psikologi. Model perlaksanaan sesuatu kurikulum. Isu-isu yang berkaitan dengan perlaksanaan sesuatu kurikulum. Beberapa kajian mengenai keberkesanan perlaksanaan kurikulum Matematik.


PPS 2993 - Perkembangan Profesionalisma Dalam Pendidikan Matematik

Kursus ini menekankan tentang peradaban (mannerism) individu, kelompok, organisasi dan masyarakat. Corak pemikiran (cara pugak dan ufuk) seterusnya mengenalkan para pelajar tentang “systemisation of thinking”. Corak dan cara penyampaian maklumat juga ditekankan. Nilai-nilai profesional dalam profesion pendidikan.


PPS 3903 - Domain Afektif Dalam Pendidikan Matematik

Kursus ini menitikberatkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Matematik. Penerapan nilai-nilai tersebut melalui objektif pengajaran, menggunakan teknik-teknik pengajaran dan seterusnya mengimplementasikan tatacara penilaian mengarah kepada hasil penting yang berkaitan dengan nilai-nilai murni.

PPS 3913 - Pratikum dan Penyeliaan Dalam Pendidikan
Matematik

Perbincangan secara objektif tentang penyeliaan Matematik dan peranan penyelia Matematik dengan tumpuan diberi kepada Sistem Pendidikan Malaysia – Jemaah Nazir Matematik, Guru Pakar Matematik dan Guru Kanan Matematik. Memperkenalkan kemahiran-kemahiran seperti “needs assessment” dan pengendalian bengkel Matematik dan teknik-tekniknya. Projek individu dan/atau kumpulan diperlukan.


PPS 3923 - Masalah Pengajaran – Pembelajaran Matematik di Institusi Pengajian Tinggi

Matlamat pembelajaran Matematik di institusi pengajian tinggi. Pelajar akan membuat analisis beberapa tajuk terpilih dalam Matematik tulin, Matematik kejuruteraan, Matematik yang digunakan dalam pelajaran ekonomi dan sebagainya dari segi proses pemikiran Matematik yang diperlukan atau yang sepatutnya berlaku diperiingkat tinggi. Penyelesaian masalah Matematik di peringkat tinggi. Perbezaan antara tahap Matematik yang dipelajari di sekolah menengah dan yang dipelajari diperingkat tahun pertama di universiti.


PPS 3933 - Pemikiran Matematik Lanjutan

Psikologi Pemikiran Matematik Lanjutan. Ciri-ciri pemikiran Matematik lanjutan. Hubungan teori kognitif dengan pemikiran Matematik lanjutan. Penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pemikiran Matematik Lanjutan.


PPS 3943 - Kerangka Konsep dan Perubahan Konsep Dalam Pendidikan Matematik

Pengertian konsep kerangka konsep dan proses persembahan konsep. Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan konsep. Teknik-teknik pengukurran pencapaian perubahan konsep. Penyelidikan dan isu-isu berkaitan dengan kerangka konsep dalam pendidikan Matematik.

 


<<back

   
 


::Fakulti Pendidikan Sepintas Lalu::

# Pengurusan #

# Syarat Umum Kemasukan #

# Keterangan Program yang ditawarkan#

# Pengendalian Program#

# Penilaian #

# Penganugerahan Ijazah#


Fakulti Pendidikan
menawarkan 12 program pengajian di peringkat Sarjana

PROGRAM AKADEMIK

BENTUK PROGRAM

SYARAT KEMASUKAN

RINGKASAN PROGRAM

SINOPSIS MATA PELAJARAN (MATEMATIK)

 

 

 

 

 

 

 

HOME    STRUCTURE    DEPARTMENTS    STAFF    ACADEMIC PROGRAMS   RESEARCH   PUBLICATIONS

Copyright @ 2005 Faculty of Education, Universiti Teknologi Malysia. All rights reserved.