::SINOPSIS MATA PELAJARAN SARJANA PENDIDIKAN PENGURUSAN PENTADBIRAN::

MPF 1503 - Asas Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan

Ini merupakan kursus pengenalan dan asas kepada bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Ia membincangkan tentang organisasi dan pengurusan pentadbiran pendidikan, teori, prinsip, konsep-konsep dan aktiviti asas pengurusan pentadbiran. Juga didedahkan mengenai beberapa faktor politik, sosial dan ekonomi yang mempengaruhi bidang ini.


MPF 1513 - Pengurusan Sumber Manusia

Kursus ini bertujuan mendalami pengetahuan mengenai pengurusan sumber manusia (PSM): skop, fungsi dan aktiviti PSM. Aplikasi pengetahuan PSM bagi meningkatkan kualiti sumber manusia dalam perkhidmatan pendidikan dan juga kualiti produk daripada usaha mereka.


MPF 1523 - Teori-teori kepimpinan Pendidikan

Pendedahan menyeluruh mengenai konsep dan teori-teori kepimpinan dari ilmu sosial psikologi, sosiologi, sains politik, ugama, perniagaan, komunikasi dan penerapan ilmu bagi penganalisaan dan pembentukan strategi bagi memainkan peranan sebagai pemimpin dalam organisasi pendidikan.


MPF 1533 - Teori Organisasi & Penguursan Pendidikan

Kursus ini bertujuan menggunakan pendekatan kajian organisasi bagi meneliti dan memahami pengurusan pendidikan. Mengkaji tingkahlaku organisasi: individu, kumpulan dan kepimpinan, struktur organisasi, proses organisasi, hasil prestasi berkesan dan perkembangan organisasi.


MPF 1543 - Pengurusan Pembangunan Pelajar

Pengurusan pembangunan pelajar dikaji dari aspek mikro dan makro; mikro dari aspek pembelajran dan makro dari aspek infrastruktur. Kefahaman mendalam kepada kedua aspek ini diperlukan untuk perancangan dan pengurusan pembangunan pelajar yang berkesan.


MPF 1553 - Penyeliaan Pendidikan

Mata pelajaran ini menekankan konsep dan kajian penyeliaan pendidikan secara menyeluruh merangkumi tujuan, jenis penyeliaan dan fahaman aliran penyeliaan penerangan berdasarkan model-model penyelidikan pendidikan, teori penyeliaan, konflik dan proses pentadbiran penyeliaan danpenekanannya pada aspek peranan dan perlaksanaan penyeliaan pendidikan di institusi pendidikan di peringkat menengah dan rendah. Juga mata pelajaran ini akan mengenalpasti sumber ilmu yang membincangkan bidang penyeliaan pendidikan suapya dapat mengembangkan lagi ilmu tentang penyeliaan pendidikan. Seterusnya pelajar akan membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pendidik bidang ini di Malaysia dan kemudian memberikan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut.


MPF 1593 - Bengkel Pengurusan Pentadbiran Pendidikan

Bengkel ini merupakan bengkel pembentukan sahsiah dari segi kecerdasan fizikal, mental, melatih bakal pengurus mengenai cara-cara berpidato, mengurus masa, penggunaan komputer dan teknologi dalam pendidikan serta kemahiran dan teknik berfikir.


MPF 1563 - Pengurusan Program Akademik

Kursus ini menumpu kepada hubungkait di antara perancangan dan pengurusan programakademik khususnya penentuan kepada proses keutamaan dan “academic values”. Mengkaji “framework” beberapa model yang telah berjaya di IPT dan calon melakukan “how-to-do-it methodology” bersesuaian dengan kefahaman konsep yang dipelajari.


MPF 2503 - Sistem Maklumat Pengurusan

Sistem Maklumat Pengurusan meneliti kepada perancangan, pengendalian dan penilaian sistem maklumat institusi pengajian; termasuk peranan “dicision-makers”, “analyst” dan juruteknik sistem. Kajian terperinci hiraki sistem maklumat institusi termasuk: ‘operational data system’, ‘management information system’ dan ‘planning and management system’ dilakukan bagi memudahkan kefahaman pengurusan sistem maklumat institusi secara berkesan.


MPF 1583 - Latihan dan Pembangunan

Keperluan program latihan dan pembangunan sesebuah organisasi, khususnya organisasi pendidikan. Analisis keperluan dalam merekabentuk program latihan dan pembangunan. Prinsip-prinsip latihan dan pembangunan. Perlaksanaan, keberkesanan dan penilaian program.


MPF 1573 - Pengurusan Sekolah

Kursus ini bertujuan untuk memahami fungsi pengurusan sekolah, membentuk falsafah pengurusan yang bersesuaian, mengenalpasti dan membentuk kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan sekolah. Ianya meliputi pengenalan kepada teori-teori asas pengurusan; bidang pengurusan sekolah; pengurusan sekolah yang berkesan; jenis kemahiran yang perlu dibentuk untuk menjayakan pengurusan sekolah yang berkesan; pendekatan sistem – kepimpinan pengajaran, matlamat, organisasi, prestasi, program untuk staf dan pelajar serta sistem pengurusan.


MPF 2583 - Pengurusan Pendidikan Tinggi

Kursus ini bertujuan untuk mengkaji beberapa model pengurusan institut pendidikan tinggi (IPT) yang memberi tumpuan kepada proses perancangan yang mengabungi mekanisme pengurusan Sains secara struktur dan pengukuran, dengan mengambilkira ‘contigency’ organisasi dan kepekaan manusia didalam pembangunan organisasi. Kefahaman kepada proses perlaksanaan dan pembangunan sebagai ‘one and are interchangeable’ adalah crucial.


MPF 2513 - Pengajian Polisi Dalam Pendidikan

Aspek yang akan dibincangkan ialah prinsip pembentukan dasar, sosio politik dalam pembentukan dasar perkembangan dasar pendidikan negara. Matlamat perlaksanaan dan pencapaiannya. Isu-isu semasa dalam pendidikan negara,


MPF 2523 - Pengurusan Sekolah Bestari

Mempelajari struktur organisai Sekolah Bestari mengikut Pusat Urusan Pengurusan dan Pusat Akademik setiap bidang kumpulan. Mengkaji peranan dan fungsi personel pada setipa Pusat dan pengagihan sumber manusia kearah keefisienan dan keberkesanan sumber dan pengeluaran. Membentuk model pengurusan Bestari yang cemerlang.


MPF 2583 - Pengurusan Pendidikan Tinggi

Mengkaji struktur organisasi pengurusan akademik dan pengurusan sokongan di IPT dan mengkaji peranan dan fungsi setiap personel dalam pengurusan berkenaan. Membentuk model pengurusan kearah peningkatan kualiti dan kecekapan.


MPF 2593 - Kajian Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan (Wajib Mendaftar

Projek penyelidikan yang mesti didaftarkan oleh setiap pelajar yang mengikuti pengajian kerja kursus sepenuh masa. Projek ini bertujuan melatih siswa/siswi melakukan penyelidikan pendidikan dengan jayanya supaya dapat dipergunakan kemahiran penyelidikan di tempat bertugas kelak.


PPF 1503 - Kepimpinan Inovatif

Mengkaji teori kepimpinan secara perbandingan dan mengkaji pendekatan kepimpinan inovatif supaya dapat dipergunakan di organisasi pendidikan dalam keadaan dan pendekatan yang berbeza. Kepimpinan dilihat dari pelbagai perspektif untuk mengujudkan kefahaman kepimpinan inovatif yang berkesan.


PPF 1513 - Kepimpinan Pendidikan Tinggi

Mengkaji kecemerlangan kepimpinan pengurusan pendidikan tinggi yang lalu dan mengkaji kejayaan setiap pemimpinan IPT mengikut strategi teknikal dan operasional yang membentuk kejayaan organisasi. Membentuk model kepimpinan pendidikan tinggi bersesuaian dengan situasi am IPT dan situasi khas dalam penyelesaian permasalahan di IPT.


PPF 1523 - Pengajian Polisi dan Pembangunan Pendidikan

Mengkaji polisi pendidikan disesuaikan dengan polisi pemerintahan beberapa buah negara maju. Perancangan dan perlaksanaan polisi pendidikan dalam menccapai pembentukan sumber manusia mengikut kehendak arah pembangunan sesebuah negara termasuk Malaysia.


PPF 1533 - Perancangan dan Penentuan Keputusan Pendidikan

Membentuk perancangan kurikulum dan pengurusan berdasarkan kepada keputusan jangka panjang organisasi ke arah misi yang telah ditetapkan/ambil.


PPF 1543 - Struktur & Governan Institusi Pendidikan Tinggi

Mengkaji struktur organisasi IPT, kuasa dan kekuasaan yang termaktub dalam ordinan IPT awam dan swasta. Penggunaan governan dalam pentadbiran dan pengurusan IPT.


PPF 1553 - Latihan Kemahiran dan Pengurusan Pendidikan

Siswa/siswi mengkaji model pengurusan pendidikan yang ideal dari latihan amali di institusi pendidikan yang dipilih.


PPF 1573 - Multimedia Dalam Pendidikan

Penggunaan Teknologi Multimedia dalam pendidikan untuk meningkat delivari dan pengurusan organisasi.


PPF 1583 - Pengurusan dan Latihan Pendidikan

Membentuk pendekatan pengurusan di institusi latihan pendidikan untuk mencapai kejayaan matlamat organisasi.


PPF 1593 - Pengurusan Organisasi Pendidikan Berkualiti

Membentuk perancangan kualitidi institusi pendidikan.


PPF 2503 - Kepengetuaan

Mendalami pengetahuan dan kemahiran kepengetuaan sekolah dalam meningkatkan kejayaan akademik dan pengurusan organisasi.


PPF 2513 - Ekonomi Dalam Pendidikan

Mengamalkan pengurusan institusi pendidikan secara kos efektif.


PPF 2523 - Ekonomi-Politik Dalam Perancangan & Pembangunan Pendidikan

Mengkaji peranan ekonomi dan politik, membentuk polisi dan perancangan pendidikan sesebuah negara.


PPF 2533 - Pengurusan Organisasi, Permasalahan dan Prosidur
di IPT

Mengkaji permasalahan umum/khas di IPT dan cara penyelesaian permasalahan mengikut operasional pengurusan.

PPF 2543 Akreditasi Pendidikan Tinggi

Mengkaji Fungsi Lembanga Akreditasi Negara (LAN) dan peranannya di IPT. Perlaksanaan akreditasi di IPT mengikut prosidur dan peraturan.


PPF 2553 - Pengurusan Pemasaran Pendidikan

Mengkaji peranan pemasaran dalam pendidikan untuk meningkatkan kadar pendaftaran pelajar dan pendapatan isntitusi.

PPF 2563 - Polisi Pendidikan dan Pembangunan Negara

Mengkaji Polisi Pendidikan Negra dalam mewujudkan pembangunan negara dari masa lepas dan hadapan.


PF 2505 - Penyelidikan Pengurusan Pendidikan
(Wajib Pendaftaran)

Projek penyelidikan siswa/siswi yang wajib kepada mereka yang mengikuti kerja kursus sepenuh masa.


PPF 2573 - Pendidikan & Undang-Undang

Mengkaji rang undang-undang yang terlibat dengan pendidikan secara khusus juga keseluruhan terutama Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Pendidikan, Akta Majlis Pendidikan Tinggi, Akta Pendidikan Tinggi Swasta, Akta Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan sebagainya.

 


<back

   
 


::Fakulti Pendidikan Sepintas Lalu::

# Pengurusan #

# Syarat Umum Kemasukan #

# Keterangan Program yang ditawarkan#

# Pengendalian Program#

# Penilaian #

# Penganugerahan Ijazah#


Fakulti Pendidikan
menawarkan 12 program pengajian di peringkat Sarjana

PROGRAM AKADEMIK

BENTUK PROGRAM

SYARAT KEMASUKAN

RINGKASAN PROGRAM

SINOPSIS MATA PELAJARAN (PENGURUSAN PENTADBIRAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

HOME    STRUCTURE    DEPARTMENTS    STAFF    ACADEMIC PROGRAMS   RESEARCH   PUBLICATIONS

Copyright @ 2005 Faculty of Education, Universiti Teknologi Malysia. All rights reserved.